SEMINGGU BEFORE RAYA..
hi..lama aku tak menulis dalam blog nih..bukan takde masa, cuma mungkin takde mood nk buat karangan.. heee
Well, today, Isnin 22 Sept 2008, 1 minggu lagi nk balik raya...terasa malas giler nk kerja.. penat semalam rasanya belum habis lagi..2 hari berada di kampung mertua, Palong 5. Seronok, gi beli-belah persiapan raya untuk adik2 n parents..banyak gak la berhabis.. yerla my hubby anak lelaki sulung, so banyak kena menyumbang la..then jalan2 kt bazar Ramadhan sana. Yang special kat sana, air Kathira...kt Kajang or Selangor or KL dll tempat memang takde.. kat Nogori jek ada. Air dia best.. campuran aiskrim soda dengan agar-agar berwarna hijau. Tiap kali balik berpuasa, air itu menjadi idaman aku...
Bercakap pasal kandungan ku pulak. masa ni aku dh jadi mak boyot..dah masuk 7 bulan setengan dah. Setakat ni, alhamdulillah kandunganku sihat. Cuma yerla, untuk raya nanti takleh la nk pakai baju yg solid-molid lagi...baju uniform la raya tahun ni. heheh..Tapi baju kurung pun ada gak. Aku mintak akak aku (tukang jahit) buatkan baju kurung kembang. Apa nama nya pun aku lupa, tapi adalah jenis baju kurung tu, yang jenis besar ke bawah tanpa pesak, jadi kalo aku tak mengandung pun still bole pakai lagi. Takdela membazir, ye tak... yang lain2 pun dh siap beli..kuih raya, kordial raya, kusyen baru (bantal kecik jek), baju raya, tudung raya, selipar raya, kemeja raya...wah...sume raya la...sume dh settle..yg nak balik kg pun dh ready..
Hujung minggu ni aku n hubby balik Terengganu plak. Tahun ni giliran kami beraya di Trg, tahun lepas dh beraya di Negeri Sembilan. Biasalah, dh jadi isteri orang ni kenalah bertolak ansur, hidup berumahtangga la katakan. Tak sabar rasanya nk balik kampung. Rindu sangat. AKu kan anak bongsu, ada 5 org kakak n 5 org abang. Bayangkan betapa meriahnya bila kami sume balik raya. Adik- beradik 11 orang + mak + ipar duai 9 orang + anak2 buah lebih 25 orang dh (akupun tak bape ingat exact figure..heee)...huhh..bayangkan macam mana kami berasak2 kat umah mak... Cuma skang ni nasib baik dh ramai berpindah ke kampung, so kalo tak muat nk tido, bolehla dibahagi2kan ke rumah2 adik-beradik yg dekat. Kalo tak, tido kat luar la mcm tahun2 yg lepas.. anak2 buah aku yg lelaki tido kt luar jek.. kesian betul...Tapi memang seronok giler la. Yang pastinya aku kena sediakan duit raya nih, kena budget betul2.. budget minyak lagi, tol lagi, barang2 masak raya nt..sib baik ramai orang, so kami tong2 la sikit sorang..
Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam yang mengenali diriku n my hubby. Semoga lebaran ini membawa seribu pengertian buat kalian. Semoga selamat semuanya..
Sunday September 21, 2008 - 09:24pm