10 Jun 2009

JULY 2008 - Yahoo!360

PEJABAT..
Eeee bosannya dok opis nih..Macam biasa aku masuk lewat lagi harini untuk kesekelian kalinya. Yang bestnya bos aku tu kalo tak kul 12 ke atas, tak nampak muka dia kat opis ni. akupun berlagak macam bos jugak la.. hehe.. harini sampai kul 10.30 pagi..sukahati aku jek kan...

Tapi kalo datang awal takde keje, nak watpe dok opis, baik aku berkemas umah aku tuh. Biasanya pagi2 mood nak berkemas rumah membuak2..bangun awal pun, kuar tetap lambat jugak. Masa tu la nk buat itu dan ini.

Aku tak penah cite pasal kehidupan aku kat opis kan?... tapi kalo aku bercerita pun mesti nak mengutuk jek bos. Namun, apa2 pun aku masih bertahan kat sini. Dah nak masuk 3 tahun pun..aku pun tak tahu macammana aku boleh tahan dengan perangai bos aku tu. Staff lain dah banyak bertukar ganti. Tapi aku masih di sini.

Apa yang aku tahu kat sini best, sebab : 1. leh sesuka hati nak masuk keje, punch card takde, buku log masuk pun takde.2. masa flexible gile, sesuka hati aku kalo nak gi mana2, main lari camtu jek.3. cuti pun sesuka hati, senang gile, tak payah nak pening kepala nak bagi alasan kat bos, tak macam pekerja lain yang payah giler nak dapat cuti. 4. keje tak banyak sangat, cuma kebiasaanya hujung tahun la yang bizi pun sebab masa tu banyak job masuk n nak kena settle sume sebelum masuk tahun baru.

Tapi bila dipikir balik, tak banyak ilmu aku timba kat sini, bosan pun ada, benda yang sama dilalui setiap hari. Cuma aku rasa kalo aku ke tempat keje lain, tak dapat gaji banyak sekarang ni...mmm..entahla.. Aku budget aku keje sampai tahun depan jek. March 2009 baru genap 3 tahun aku berkhidmat kat sini. Sabar jekla, sebab skang pun aku tengah pregnant, kalo kat sini senang kalo nak cuti sakit ke apa. So sampai aku bersalin la..lepas tu baru aku pikir nak keje kat mana plak.

Lepas ni, dah ada anak, lain pulak tanggungjawabnya. Pagi2 nak kena hantar nursery, Petang2 nak kena amik. So better aku carik keje yang balik awal sket, keje yang biasa2 pun takpe. Admin ke, paling tak dapat menambah pendapatan keluarga. Kat mana la pulak aku nak keje lepas ni ek..mmm...

Gambar kat atas tu gambar masa kt opis lama, skang dh pindah dah, opis lagi besar..selesa sket. Tapi dekat2 opis lama gak, lain blok jek. Alamat tetap sama, yg berubah no.opis dan no. jalan, yang lain tetap sama. tetap sama pun kos banyak tu, nk kena buat letterhead baru, bil2 lain invois, DO, PV, CV cop syarikat. Garu kepala gakla bos dgn bil2 renovation tu, belum langsai pun lagi. Tapi nak buat cmne, agreement dah cukup tempoh, owner taknak sambung sebab dia plak dapat offer baik punyer dari company lain, terpaksa la kami pindah.

Cuma yang tak bestnyer, kat sini jauh nk gi makan..kedai runcit pun jauh..huh..jadi malas nak makan plak skang. Dulu opis atas kedai mamak, order jek dorang datang hantar kat atas. Kedai runcit pun bawah jek. Masa opis aku masih diarrangekan, huh penat gakla menapak nak pegi fotostat, nak guna internet..dahla mahal..tapi terpaksa jugak. Tapi skang kalo dah malas sangat, naik jek keta..hehhee..
Monday July 7, 2008 - 10:06pm
Photo Albums at WiddlyTinks.com

Scrapbook at WiddlyTinks.com