PELBAGAI BEG
Aku ni dari bujang sampai dh ada anak memang suka beli n kumpul beg..so banyak2 beg tu, leh la aku setkan utk setiap kegunaan aku..meh kita kenali beg2 aku..
1. Beg susu - yg kaler biru tu, tu aku gunakan utk isi susu yg dah dipam dari opis. Nasib baik opis aku ada peti sejuk, so tak perlu aku beli 1 set cooler beg yg beratus2 harganya. Aku just guna beg ni sebab perjalanan aku dari opis ke rumah amik masa 15-30 minit jek. so bole gunakan beg ini. Sampai jek kt umah cepat2 aku masukkan balik dlm peti sejuk.
2. Beg tangan - yg kaler hitam tu, besarkan?.. heheh.. yerla beg tangan aku merangkap beg Ira dah. Aku bawak beg ni gi keje tiap2 hari. Aku letakkan beg susu Ira kt dalam tu, senang pakai 1 beg jek (kalo sebelum ni banyak beg la aku pakai..) Then kalo nak ke mana2, barang keperluan Ira yg penuh dlm tu..sume aku sumabt la..barang aku hanya purse dan handset jek.. nila kalo nk tahu beg mak orang, mana leh kecik2 dah..heee
3. Beg sekolah - yg kaler kuning tu..Aku panggil beg sekolah Ira, yerla kan hari2 gi sekolah (rumah pengasuh dia laa). So tiap2 hari aku bekalkan dlm 3 pasang baju 3 cd + 2 dispo (cd tak cukup lagi daa..), n 1 bekas brg make up. Muatla sume kt dalam tu lagipun banyak poket2..
4. Beg klinik - yg kaler pink + hijau tu..beg ni aku khaskan gi klinik atau ke tempat2 yg dekat. Yg pasti kt dalam tu ada surat beranak Ira, Mykid & buku klinik utk chechk up monthly.
Thursday April 23, 2009 - 10:43pm
CLOTH DIAPER
Ni la cloth diaper (cd)..aku mula mengenalinya masa aku dh deliver si Ira ni.. Along promote kt aku. Aku try la beli 1 set then dia bagi free aku 1 set lagi (baik punyer promote..heee). Thanks Along..mula2 masa aku borak dgn dia, dia selalu sebut cd..aku ingatkan cd cakera padat tu..ihik.. ni la bahasa2 ibu yg baru aku belajar..
Probs : Tak bape banyak duit nk beli disposable diaper...hee. And dispo size S tak muat dengan peha Ira..besar sangat peha dia nih, mcm peha ayam.. yamm…heheh.. Dan hasilnya, ada kesan luka n merah2 kt peha dia. Size M plak terlalu besar.. And kekadang punggung ada ruam merah..kesian dia..
Solve : Lunatots Velcro One Size Cloth Diaper - RM50.00. Promosi RM233 utk 5 unit.. save la dalam RM17. Ianya bole disetkan size, samada nk kecik ke besar ke, just pinkan butang kt depan tu. Kaler dia pun cantik2, ada sepuluh kaler sumenya. dia didatangkan 1 set, cover luar dengan insert.. keduanya bole basuh..
Effect : Ira pakai selesa sebab material kain kan. Dan yg penting pakai basuh pakai basuh. Leh basuh dengan mesin lagi..Sangat menjimatkan. Leh pakai sampai bebila, asalkan jaga dengan baik. Kalo kena poo pun, just jirus jek poo tu dlm toilet, then basuh mcm biasa. Tak lekat kaler kuning pun. Plus material ni senang kering. Basuh mlm ni besok pagi dh leh guna dah (aku keringkan bwh kipas, umah apartment kan, mana dapat cahaya matahari).. Aku suka sangat pakai. Skang dh ada dlm 7 set, nt nk tambah lagi 5 set..cukupla nk tukar2 sampai Ira dh pandai nk gi toilet.. taknak lagi guna dispo..nk 100% guna cd..penjimatan yg sangat berbaloi..
Thursday April 23, 2009 - 10:25pm
COOLER PACK & ICE PACK
Probs : Bila balik kampung aku tak pam susu, kalo pam pun utk bagi Ira minum sekiranya aku kuar gi memana. Sebabnya camne nk bawa balik dari kampung?..nt susu dah tak sejuk. Balik palong 3 jam, balik besut 6 jam.. Mula2 aku biar jek sebab balik kg pun sebulan sekali, so aku miss 2 hari dlm sebulan utk tambah stok..Tapi bulan lepas, bila aku tengok stok aku sikit sangat, aku mula bimbang..cmne nt kalo susu aku tak cukup, stok takde plak tu..So aku terpaksa mencari alternative.. Kebetulan masa tu aku nk balik palong, so lepas jek keja aku terus gi kt kedai Mom’s Litte Ones (MLO) kt Seri Kembangan..
Solve : Mom's Little Ones, Mom's Precious Reusable Ice Pack (pack of 3) - RM28.00. Then kena cari cooler bag plak sebab takleh guna bag biasa. Aku dh ushar cooler bag kt website, sume mahal2..tak mampu..then aku try cari kt Bebe's Home..aku jumpa yg paling murah kt situ, RM26.00 jek. Beg yg bunga2 hijau tu la, ruang besar n agak comel jugak..okler..so susu aku tahanla sejuknya.
Effect : Bila balik kampung aku pam mcm biasa, simpan dlm peti sejuk. Tiba hari nk balik aku akan pastikan ice pack aku tu dh dibekukan malam sebelumnya (kena bekukan selama 8 jam), then aku just simpan dlm cooler bag beserta 3 ice pack tu.. dia akan maintain sejuk sehingga sampai ke destinasi..Aku leh simpan stok susu even aku balik kampung pun...so masalah kekurangan stok dapat diatasi.
Thursday April 23, 2009 - 10:13pm
BEKAS SUSU
Probs : Aku actually takde bekas utk isikan susu yg hari2 nk bekalkan kt pengasuh. Biasanya aku guna bekas dadih tu,tapi leceh sebab takde sukatan dan menyukarkan aku utk pam. Dan lagi bekas dadih actually takleh pakai banyak kali sebab ada kandungan yg tak elok utk baby.
Solve : Mom's Little Ones, Moms Precious Breastmilk Storage Set (6/pck) - RM39.00. Masa aku beli promosi RM36.90. Ianya diperbuat oleh special polypropylene plastic & no BPA..so bole digunakan banyak kali dan tidak berbahaya utk baby. Kalo tgok kt penutup botol tu ada nombor kan..tu bukan dh ada yek..aku beli nombor tu & tampal sendirik (sebelum ni aku tulis pakai marker, asyik tanggal jek..) Ini utk kemudahan pengasuh. Dia akan amik susu ikut nombor, ini penting tau sebab setiap nombor lain2 date pamnya..
Effect : Menyenangkan kerja aku, botolnya pun comel, siap ada kartun2 lagi.. Aku leh terus sambung dengan electric pump aku. Then aku belila bakul khas utk bawak dia ke rumah pengasuh, yerla naik lif turun lif jek.. kuar la kejap dari peti sejuk tu then sampai kt pengasuh dia terus masukkan dalam peti sejuk dia. So tak perlu pakai cooler bag..
Thursday April 23, 2009 - 10:01pm
WARMER & STERILIZER
Probs : First day aku hantar Ira, pengasuh aku kata Ira tak nak minum susu (susu aku ler). Down tau bila dia cakap camtu. Biasala, pengasuh ni nak senang keje jek. Kalo susu formula kan senang, bancuh susu dengan air suam, dh bole bagi baby bila2 masa dia nak. Kalo susu aku ni kena amik dari peti sejuk n nak kena rendam dlm air panas (kena buat 2 3 kali baru susu tu suam tapi jangan sesekali panaskan dlm oven yek).), so amik masa la.Dia cakap Ira taknak minum susu sebab susu sejuk Then dia bagi susu formula kt Ira (silap aku jugak, sediakan susu formula..aku just backup jek incase susu aku tu tak cukup). Bila balik umah Ira muntah teruk, terus besoknya aku tak bekalkan susu formula lagi. Malam tu jugak aku cari warmer..
Solve : Little Bean Sterilizer Combo Pack - RM 179.90 . Aku beli 20 % kt Manjaku, so dapat RM143.92 jek. Aku nk cari warmer jek tapi dh sekali pack dgn steriliser n murah lak tu berbanding brand lain..so aku beli yg ni.
Effect : Senang la kerja pengasuh. On jek warmer ni, dia akan warm kan susu pada suhu 40-45 darjah celcius jek, means dia takkan panaskan susu tu walaupun letak lama. Yg best nyer dia muat botol MAM aku tu.. warmer lain byk yg kecik, tak muat botol tu. Dan setiap hujung mggu aku sterilise botol2 susu Ira. alhamdulillah dipermudahkan utk aku terus membekalkan susu ibu pada Ira..
Thursday April 23, 2009 - 09:55pm
BREASTPUMP
Probs : Masa memula nk menyusukan baby, susu aku tak keluar..sudahnya breast mula membengkak, Ira masa tu nangis jek sebab tak kenyang. Then kawan aku nasihatkan agar aku tuam :1. Tuam dgn air sejuk – bagi bengkak tu hilang. 2. Tuam dgn air panas – utk cairkan susu..And dengar baik hati dia bagi pinjamkan aku pam Avent. (Dia tak guna pam ni sebab dia ada lagi yg lain) Alhamdulillah selepas dah dituam dn dipam, susu aku mula keluar..tak dapat bayangkan perasaan tatkala susu keluar..Aku mula tanam azam nk fully breastfeed. Nak bagi yg terbaik utk my baby. Nak pam manual pakai tangan pun bole tapi lagi senang kalo ada pam. Macam2 jenis brand pam susu ni, sampai aku pun naik pening. Selepas dh balik Kajang, aku bagi balik pam Along tadi. Masa dalam pantang aku takleh keluar so aku minta kakak aku belikan manual pam. Dia beli yg brand Pureen RM30 jek, tak sesuai sebab nipple aku sakit.
Solve : Snow BearElectric Brestpump - RM 159.00. Aku beli kt Bebe's Home dapat 20% offer..so just bayar RM127.20 jek. Bole guna electric dan bole jugak guna bateri..kecik comel, siap ada bekas dia..
Effect : Kerja aku makin senang. Sekejap jek guna pam ni dh penuh botol, tak sakit pun. Cuma bising sket la, tapi no hal kt opis ni aku dok dlm bilik, so tak dengar sangat bunyi dia.. yerla murah. kalo nk yg terbaik mahal beb.. mencecah RM500 dan ke atas..tak mampu…so far aku satisfied with this pump..
Thursday April 23, 2009 - 09:46pm
BOTOL SUSU IRA
Probs : Masa memula aku nk ajar Ira minum susu guna botol (yerla nt nk hantar kt pengasuh), dia payah nk guna botol. Dia suka main2 dgn lidah dia tu, tolak kanan kiri.. n baru dia hisap botol tu. Then dia nih selalu gak kembung perut..dia tak nangis cuma payah nk tidoo..
Solve : MAM Ultivent Anticolic Bottle (160ml/5oz) - RM31.80 utk 1 botol. Masa aku beli promosi RM49.90 utk 2 botol. Botol dia ada kaler pink & biru. Biasala, for d girl..aku beli kaler pink la..botol ni lebar..comel jek kalo Ira dh pandai pegang nt
Effect : Alhamdulillah..dia dh tak kembung perut n yg best pertama kali aku suapkan botol ni kt dia, terus dia hisap..mak aku mula2 bising gak sebab botol ni mahal, tapi bila dia tengok cucu dia dengan senangnya nyonyot botol tu dengan bestnye.. terus dia diam jek..sebab puting botol ni like a mummy nipple..n 1 lagi leh menjaga kebersihan botol sebab tapaknya bole di buka..so takdela keladak kt bawah botol.. selamat utk digunakan.
Thursday April 23, 2009 - 09:34pm
BOUNCER
Inilah dia bouncer pink kaler (baru kutahu namanya bouncer.. hehe..) .. sebelum ni aku panggil buai enjut..dihadiahkan oleh Nenek & Mak Lang. Mereka kongsi belikan hadiah utk Ira..Thank you Nenek & Mak Lang. Ira seronok dok atas tu..boleh dienjut2...yerla sesekali nak gak berenjut kan.. asyik dok atas tilam jek..boring la kan...
Thursday April 23, 2009 - 08:46pm
BABY CARRIER
Baby Carrier yang cantik ni dihadiahkan oleh 'kakak' Ira..comel sangat kaler merah ada corak kartun.. mahal jugak hadiah ni, aku agakla tengok pada material & design. Thank you Maz.. Carrier ni aku guna masa gi tengok belon panas kt Putrajaya baru2 ni. sesuai utk digunakan kt tempat yg sukar nk bawak stroller, yerla kt padang masa tu. Comel jek kepala Ira melepek kt dada aku. abahnya plak jd carrier beg ummi (merangkap beg Ira) n payung... hehe..
Thursday April 23, 2009 - 08:38pm
STROLLER
Stroller ni hadiah dari company aku. Bos bagi bajet kt aku then aku sendirik pegi beli... Aku gunakan peluang ini dgn membeli yg terbaik dn mahal..hehe...dapatla stroller Sweet Cherry berharga RM289.. berbaloi dgn harga sebab ruang dia besar dan cantik..still muat dlm bonet sagaku..(maklumla bonet keta besar..hee). First digunakan semasa nk hantar family kt KLIA. sib baik masa tu dh beli, kalo tak jenuh mendokong Ira yg baru jek 3 bulan masa tu..Thank you TSW..
Thursday April 23, 2009 - 08:31pm
MAKANAN PERTAMA
Makanan pertama Ira..Nestle Beras & Susu..aku mula sedar yg Ira ni dh lapar masa aku balik kampung semasa kematian pak sedara hubby, pada 14.04.09.. On d way nk balik tu, dia kejap2 mintak susu.. kejap2 mintak susu.. adala dlm 30 minit sekali..then aku realise yg Ira ni mungkin dh lapar..kalo ikutkan Tok dia, dh lama dia bagi makan sebab Ira ni asyik nganga jek... so sampai jek kajang terus aku singgah tesco..aku carila Nestum..mana nak jumpe...mana ada nestum utk baby...hehehe...masa sampai sana barula aku tahu, rupanya utk baby..ada makanan beras dlm tin tu...mcm2 jenis..ada beras sahaja, beras plus susu n ada beras merah.. so aku belilah beras plus susu tu nk try...besoknya aku bekalkan kt pengasuh..bagi guna botol dululah..botol MAM aku kan ada 2..so yg lama tu aku buat utk botol makanan Ira, aku besarkan sikit puting dia...dn yg baru guna utk susu Ira...masa aku amik Ira ptg tu, pengasuh kata dia makan habis...hee.. suka aku dengar...cuma 1 lagi my fren kata tak berapa bagus bagi makanan guna botol ni...makanan even buat cair pun still berketul, n mungkin bole menyebabkan baby tersedak..aku penah sekali try bagi makanan tu guna sudu, kelakar sangat... Ira tak pandai lagi..insya Allah, nt aku train Ira sampai pandai...
Thursday April 23, 2009 - 02:27am
WALKER
Ini dia WALKER Ira..ini hadiah daripada company my hubby..RM80 kot dah lupa dah..masa dapat tu ada lagi RMnyer..hehe..thank you Ceylinco.. Ira dh mula pandai nak main.. Oleh kerana dia masih kecil lagi, so aku letakkan bantal di depan dan belakang dia, supaya dapat menyokong badan dia..seronok betul dia main. Tapi takleh lelama sangat la..yerla badan dia pun tak tegap lagi..
Alhamdulillah la..banyak betul rezeki Ira yek. Tu yang orang kata rezeki baby..so kuranglah kos ummi n abah yek... :-)
Thursday April 23, 2009 - 01:47am
CAR SEAT
Ni la car seat Ira... hadiah dari Mak long & Pak Long.. Oleh sebab dia dok jauh nun Labuan..so dia kirimkan RM jek..so dengan bajet tu aku dapatla belikan car seat ni.. hee... thank you Mak Long & Pak Long...nyenyak jek Ira tido dlm car seat nih.. sememangnya banyak kegunaan nya ni, lebih2 lagi bila nk balik kampung..dn ketika aku drive sengsorang. Ira ni tidoo jek kalo letak dlm car seat nih..selesa dia...
Thursday April 23, 2009 - 01:25am
KERENAH SI COMEL
MMMM...skang ni bila aku balik keje jek kan Ira suka merengek2..manja jek bunyi. Dulu aku leh biar jek dia kt tilam dia tu, then aku leh masak, mandi dll..tapi skang ni kena habiskan masa dgn dia dulu.. kasi kenyang or tido..baru aku leh wat keje..gambar ni aku amik bila dia meragam taknak tido atas tilam dia..so kena la pegang dia, samada duduk atau berdiri..bila angkat jek dia, menyengeh la..masa tu la aku terasa nk letak dia atas sofa tu hah..n snap gambar dia..konon2 mcm big boss la dok atas sofa tu..hehee
Wednesday April 22, 2009 - 11:13pm
SIHAT CERIA
Alhamdulillah skang ni my lovely Syakira dh 4 bulan lebih..9 hari lagi genaplah umur dia 5 bulan..dia sentiasa sihat...berkat minum susu ummi dia.. even gi klinik kena inject pun dia tak demam...syukur...
Ni aku nk bercerita sedikit tentang fully brestfeed (bf).. Alhamdulillah sampai sekarang aku fully bf my baby... dia punyer berat sentiasa naik..setiap bulan meningkat dlm 500g dan ianya adalah peningkatan baby yg sihat.. skang dia dh 5.6 kg..n sangat semangat..badan pejal.. eee... geram jek kalo tengok tau..sampai Tok dia kt Besut tu tak larat nk angkat dia la...heeee
Actually aku ada pemangkin positif untuk fully bf nih.. nama dia Along..kawan aku kt MRSM dulu..memang aku berhajat nk fully bf tapi tak tahu macam mana nk handle.. n dia la yg banyak bagi info plus info2 yg aku carik sendirik..n lepas tu barulah aku tahu ada wujudnya Susuibu.com, Momslittleone.com, Littlewhiz.com.. mcm2 la..hari2 aku melayari website dorang nih..dapat info n barang2 baby pun ada dijual kt situ..masa tu la baru aku tahu jenis2 pam susu ni.. Madela, Ameda, Spectra dll...best la bila memasuki dunia ibu nih..
Setakat nih hari2 aku bagi 6 botol susu kt Ira..1 susu fresh yg aku pam pagi nih...4 lagi susu yg aku pam semalam (kt opis & rumah)..n 1 lagi ambil stok yg ada kt peti beku atas (stok aku dh berkurang ni)..so hari2 Ira akan minum 6 botol..kekadang lebih jugak la 1 botol..tengok mood dia..n aku nk senangkan Kak Jah (pengasuh anak aku), aku sediakan warmer utk dia..so bila Ira nk minum dia panaskan guna warmer..yg bestnye warmer ni akan panaskan susu ikut suhu susu, hangat2 jek..dia akan mantain suhu yg tu jek even kita lama letak dlm warmer..aku beli warmer tu sekali dengan sterilizer..so hujung minggu aku sterill botol2 susu tu..sume produk ni kebanyakan nya aku tengok website la..pilih d best then baru aku beli..so far ok la..aku dh bole ikut rutin aku...kt opis pam, balik umah pam, nk tido pam, bangun tido pam...senang kata.. pejam mata pam susu...celik mata pun pam susu...tapi takpe, tak membebankan pun.. pam susu kan ada, botol khas dia pun ada...semuanya dipermudahkan..cuma lagi nak taknak jek... rajin ke tak je...
Mula2 matlamat aku fully bf utk 6bulan..then naik 1 tahun..sampai 2 tahun..chayok!.chayok!.. semoga cita2 ku berjaya..demi anak tercinta..n demi duitku..hehhe..kalo tak, berhabis banyak la nk beli susu formula.. huhu... elok guna duit yg banyak tu buat utk pendidikan anak2 nt kan.. laaagi berbaloi..lagipun anak Ummi, minumla susu Ummi...bukan susu lembu.. hehehhe... semoga semuanya dipermudahkan..Amin...
Satu lagi aku nk cerita pasal diaper..skang ni aku dh slow2 guna cloth diaper (cd)...sikit2 aku beli ngan Along nih..skang dh ada 7 cd..1 brand Coolababy, 1 Palm&Pond, n lagi 5 brand Lunatots...paling best skang ni aku pakai lunatots, lebih lembut..insya allah bulan depan lagi 5cd aku nk beli..so total 12cd, cukupla utk ulang2 pakai sampai umur dia 2 tahun or sampai dia pandai gi toilet..kalo tak cukup tambah lagi..cd ni lampin kain yg bole dibasuh..so tak perlu pakai buang..pakai basuh, pakai basuh...tak buang duit kan..banyak giler la penjimatan kalo dikira.. n bole jugak menyahut saranan go green..so many info aku dapat dari Along, thanks to her again..so skang aku dh bole kurangkan penggunaan dispo..n lepas ni pun aku nk fully cd..
Aku skang pun dh suka plak tentang fully bf n cd nih, kalo bercakap dgn mak2 orang nih, aku suka share benda2 nih..sebab kebanyakan nya tak tahu kan, kurang didedahkan benda2 cam ni..macam aku dulu2 la...
Kepada ibu dan bakal2 ibu, berilah susu ibu untuk kesihatan anak2 anda...!
Wednesday April 8, 2009 - 10:35pm