01 Jun 2009

KECEMERLANGAN


Ni gambar masa aku gi konvo adik ipar aku, Zura Bucuk (nama dia letak dlm tepon aku..hee) kt Politeknik Port Dickson. Dia baru habis sijil. Skang masih mencari kerja. Harini dia datang umah, dia naik bas jek. Abah tak bagi dia bawak motor. Adik ipar aku sorang lagi ada kat umah, Apan..kan cuti sekolah skang. Nak jugak berjalan, keluar dari kampung kan...bole dia mandi kolam renang kt bawah apartment aku tu..So Zura datang sini amik Apan la, hari Rabu or Khamis dia balik..sebabnya petang Khamis tu aku nk nalik Trg, abang aku nk kawin daa...

Minggu lepas kakak aku yg nombor 3, Kak Nah datang umah. Hantar Siti (anak ke3 dia) masuk Matrikulasi UIAM dekat PJ. Bulan sebelum tu dorang dtg gak, hantar Ajang (anak ke4) masuk MRSM Melaka. Sebelum ni Ajang kt MRSM Putra, Besut. Adik dia pun kat situ, Epa (anak yg ke5).. Kakak aku ni ada 7 orang anak, so far sume pandai2 belaka.. aku suka tengok family dorang nih, even ramai tapi kakak aku maintain jek perbelanjaan family. Sentiasa cukup, cmne dia buat pun aku tak tahu. Kiranya dorang ni family contoh buat aku la. Kak Nah bekerja sebagai akauntan di Lembaga Pertubuhan Peladang. Husband dia lak kerja Bomba. Dorang dok Dungun. Start dari Siti dan ke bawah nampaknya anak2 dia pandai2 sume..Siti dapat 5A5B SPM tahun lepas, Ajang dapat 6A PMR, Epa pun dapat 5A UPSR. Ayie yang sulong pun dh kerja ngan Bank Rakyat. Senang hati mak bapak tengok anak2 cemerlang kan..

Tahun lepas 2 org anak buah aku masuk Matrikulasi UIAM jugak tapi cawangan Nilai. Sorang Pipah, anak Abang Sulong aku, Abang Deri yang sebelum tu hantar anak sulong dia masuk UM. Berkampung umah aku jugak la. Sorang lagi Uda, anak abang second aku, Abang Jali. So skang ni memang rumah aku akan jadi persinggahan utk mereka2 yg hantar anak2 masuk U..dok tengah2 kan..so okla aku dok Kajang ni...Well, alhamdulillah anak2 buah aku ramai yg pandai2..dh masuk U pun..semoga dorang belajar dengan tekun..dapat kerja best2 dapat tolong mak bapak dorang..hope so..
Photo Albums at WiddlyTinks.com

Scrapbook at WiddlyTinks.com