For the first person of course la Dato' Hajah Siti Nurhaliza binti Taruddin kita ni. haa..dah Hajah dah. kalo korang ingat lagi, aku pernah citer pasal dia dlm Yahoo! 360. Aku suka dengan prinsip dia dan kecekalan hati dia sehingga berjaya sampai ke hari ini. Dan dia lah satu2 nya penyanyi yg bole senyum ketika nyanyi tapi suara maintain jek. Even ramai peminat tak suka perkahwinan beliau dengan Dato Khalid bin Mohd Jiwa.. (Nama glamer Dato' K) tapi aku ok jek, dah jodoh dia. And alhamdulillah setakat ni masih bersama, romantik jek aku tengok gambar2 terbaru pasangan bahagia nih. Terbaru dia bikin konsert Satu Siti Nurhaliza di Istana Budaya. Tahniah buat Siti. Aku membesar dgn lagu2nya, kompem hafal la kalo lagu dia..hee.. And umur dia setahun jek lebih tua drp aku. Tapi kami tetap cute..hee.. bila la nk tengok Siti ni jadi mak orang.. :-)
Nasha Aziz, model dan pelakon popular. Aku suka sangat tengok dia berlakon. Comel dan cantik sangat, dah model kan.. mestilah cantik. Tahun ni dia dh 38 tahun. ishh.. ish.. tapi tak makan tua kan, maintain jek.. mesti maintanence tinggi nih. Dulu dia pernah bertunang, tapi putus di tengah jalan. Aku suka tang dia bercakap, manja sangat. Dia mmg pandai berlakon. And aku lebih suka tengok dia berlakon dlm drama komedi. kalo diikutkan dgn kerjaya dia dh berjaya, cuma kehidupan peribadi dia mungkin belum ada rezeki lagi.
Kalo Jacko adalah Raja Pop Dunia, kat Malaysia pun ada.. ni dia Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah. Suara jantan dia memang memukau, baru jek tadi aku dengar lagu dia berkumandang kt radio kt opis ni. Cuma dia ni banyak sangat kontroversi, pasal masalah dadah la, cerai la.. ni masalah peribadi la. Karier dia masih bertahan sampai skang. Suara dia masih mantap seperti dulu, meremang bulu roma bila dengar dendangan beliau dlm lagu Azura dn lagu2 lama dia. Muka dia pun macam awet muda kan.. tak makan tua.. Alhamdulillah skang dia dh bebas dari cengkaman dadah dan kehidupan dia makin bertambah baik. Lately banyak jugak dia buat konsert. Makin laku la nih..
Ni sorang lagi pelakon yg aku minat. Fazura, memula aku tengok dia dlm citer Gila Bola the series. best sangat, aku suka cara dia cakap dn berlakon, bersahaja. then aku suka jugak tengok drama dia dgn Aqasha tu apa ntah tajuk dia yg berlakon kat Kelantan. then latest dia jadi pengacara dlm anak Wayang, tu pun aku suka tengok keletah dia. Kes dia kt mahkamah dh settle dah, dia disahkan tak bersalah dlm kes pergaduhan kat disko dulu.
Rita Rudaini pun aku suka jugak.. (ishh..banyak pulak aku suka kan..? ..heee). Aku suka tengok cara dia cakap jugak, cantik. Rambut dia cantik, hitam. Aku suka muka dia panjang lonjong n senyum manis jek. Mula2 ku tengok dia dlm citer Toll Gate Girl. dlm citer tu dia jadi kawan Markonah, menjadi betul la dengan loghat Utara, memang dia org Perlis pun. But lately kuar citer dia kawin dgn Aidil, pemain bola sepak tu. Jarak usia jauh sangat tapi dh memang jodoh dia. redha jek, skang tgh mengandung. Mesti anak dia cute kan nt.. skang aku suka tengok drama Cinta Gila. memang best la dia berlakon..