09 Jun 2009

AUG 2006 - Yahoo!360

MERPATI SEJOLI..



sama cantik..
sama padan..
Tuesday August 29, 2006 - 09:16pm


CAHAYA CINTA

Dia telah menentukannya Kita bertemu dan cinta Inilah oh takdirnya Bukan kerana harta Inilah citra cahaya cinta Pintu hatiku telah kau buka Tak mampu ku menafikannya Kejujuran diberi kasih takkan berganti Ini bahagia yang ku cari Sayangi daku Peluklah daku Janji denganku Semai cinta nan satu Tuhan menguji Takkan berhenti Hanya ku pinta Sama setia menjaga hingga ke alam syurga Dia telah menentukannya Kita bertemu dan bercinta Inilah oh takdirnya Bukan kerana harta Inilah citra cahaya cinta Ooh..... Sayangi daku Peluklah daku Janji denganku Semai cinta nan satu
Tuesday August 29, 2006 - 08:23pm
SINGGAHSANA

USAHKAN mahu menyentuh hati, mengintai cintanya juga tidak ku berani. Membiarkan masa menjadi saksi, biar mencintainya tidakkan ku berhenti namun sebagai lelaki aku menyedari, di hadapanku bukan sekadar bidadari, tetapi seseorang yang mahu kujadikan isteri. Aku mahu menyintaimu sepenuh hati dan membawa cinta ini hingga ke mati. – Khalid
SEWAKTU hati mahu di cinta, yang kucari adalah bahagia. Bila cahaya tersuluh di wajahnya, aku merasa getarnya di seluruh jiwa. Tak terbayang kelainan rasa, mungkinkah ini destinasinya. Aku tidak pernah mencari namun yang telah kutemui ini adalah kasih sejati. Seorang lelaki dan suami yang kucintai, memberiku dunia yang tidak pernah sepi. – Siti Nurhaliza
Tuesday August 29, 2006 - 08:20pm

ME MYSELF






THIS IS ME..:-)
Monday August 28, 2006 - 07:10pm




AURA
Aura 2 artis ni memang menjadi..menjadi2 lak skang nih...SITI menjadi artis pertama yg buat konsert di Albert Hall London, artis yg paling byk terima pingat/piala/anugerah, artis yg paling byk cerita & gmbar dlm akhbar/majalah. menjadi model/jurucakap produk..pernah mengeluarkan teh sendiri..dan merupakan artis pertama yg buat siaran langsung majlis perkahwinannya.. MAWI plak..aura world dia tu memang world, sekelip mata menjadi glamer dan mengaut keuntungan yg besar..orang kaya baru..sume iklan kalo bole nk pakai dia.. setakat ni je dh berapa produk dia jadi jurucakap, siap buat mamee dan handphone sendiri.. cayalah..memang tuah menyebelahi mereka..tuah melimpah ruah..tapi tuah tu tak datang bergolek..mereka berusaha gigih..Siti sendiri, penah menjual kuih jer dulu..Mawi anak peneroka felda yg hanya hidup sebagai anak kampung jer..namun takdir bole mengubah segalanya..anything could happen..itu semua kuasa Tuhan..
Sunday August 27, 2006 - 08:22pm

BAGAIKAN PUTERI

BAGAIKAN PUTERI KISAH KHAYALAN
YANG HIDUPNYA SUCI DAN SEMPURNA...
TAPI SAYANG HANYALAH IMPIAN
BULAN TAK BISA TUMBUH DI TAMAN
DAN BILA MENTARI DATANG
PULANGLAH SEGALA KENYATAAN..
Sunday August 27, 2006 - 07:58pm

MEMPELAI
Majlis PERTUNANGAN yang penuh istiadat Melayu lengkap dengan berbalas pantun itu, Siti menerima sebentuk cincin Bvlgari yang disarungkan ibu mentuanya, Siti Zainab Hanafi. Pasangan itu selamat diIJABKABULkan oleh Pendaftar Nikah Kahwin, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Nasroddin Mat Daud tepat jam 11.35 pagi, dengan Mohd Radzuan Abdullah dan Ismail Noor sebagai saksi. Sebagai tanda mereka sah bergelar suami isteri, Khalid, menyarungkan sebentuk cincin Audemars Piguet yang ditempah khas dari luar negara. Khalid juga menerima cincin jenama yang sama daripada Siti.
Mas kahwin RM22,222, tunai bersamaan dengan sempurnanya kitab suci al-Quran diturunkan iaitu 22 tahun, 2 bulan dan 22 hari. Wang Hantaran RM30,000 yang membawa maksud 30 juzuk al-Quran. 7 dulang hantaran Khalid Wang RM30,000, Strawberi bersalut coklat, Senaskhah al-Quran, Set barang kemas Chopard, Jam tangan Roger Dubius , Beg tangan Louis Vuitton, & Sepersalinan kain renda 9 dulang hantaran Siti Bunga Rampai, Songket Terengganu, Butang baju Melayu, Jam tangan Richard Mille ,Tali pinggang dan dompet Briony, Kancing lengan baju Audemars Piguet, Set tuxedo, Sebentuk cincin & Kek
Monday August 21, 2006 - 07:16pm

PENGANTIN BARU
SELAMAT PENGANTIN BARU
SELAMAT BERBAHGIA
SELAMAT KE ANAK CUCU
SELAMAT SEJAHTERA
HIDUP MESTILAH RUKUN
SABAR HARUS PERLU
CINTA SETIAP HARI
SENYUM MESTI SELALU

Monday August 21, 2006 - 07:03pm


INAI DI JARI..
Korang penah tak dengar lagu Inai Di Jari..lagu ni dinyanyikan oleh S.jibeng..lagu ni glamer la dulu2..tahun 70an..masa tu aku lum lahir lagi..aku suka sangat lagu ni..aku ni berjiwa lama sket.. heheh...ni part korus dia..mungkin korang penah dengar...
Alangkah indah temasya di malam itu...
Jejari mu di inai satu-persatu...
Memberiku makna yang engkau telah berpunya
Tinggallah aku merana seorang diri...
mm..maksudnya bila jari si dara di inai, dia telah menjadi milik orang..ni cerita orang dulu2. sekarang ni sume orang bole pakai inai atau henna ni, kalo majlis kahwin, kalo bole sume kaum kerabat nk pakai gak..hehe..mm..dh lama aku tak pakai inai kan?...

Sunday August 20, 2006 - 11:22pm

JEJAKA IDAMAN

Cari-cari, tunggu-tunggu, masih belum bertemu
Hari-hari yang berlalu, meningkat usiaku
Pilih pasangan, memang tak mudah
Asyik berangan, tak jadi nyata.
Angan-angan jejaka pilihan hati
Yang punya personaliti, iman tinggi... :-)
Friday August 18, 2006 - 12:03am





SENYUM SOKMO LA..

HEHEHE...
BANGGE GOK AR..
SATU-SATUNYER..
ORG GANU KITE..
JADI JUARA...
GUANE GAMOK TU...
NANANANANA...
TGANU KITE...
Wednesday August 16, 2006 - 08:16pm




JUARA AF4
NAMA PENUH Mohammad Faizal Ramly, BERUMUR 22 thn, DILAHIRKAN pada 17 Ogos 1984 BERASAL dari Marang, Trg, BERBINTANG Leo, ANAK SULUNG drp 3 beradik, mendapat PENDIDIKAN terakhirnya di Sek Men Keb Rusila, Marang. Selepas SPM, Faizal membantu ibu saudaranya menguruskan kedai emas selama 2 thn, pernah membuat pelbagai PEKERJAAN, antaranya menjadi buruh kasar, pemandu lori dan peniaga pasar malam sekitar Marang. PERNAH menyertai pelbagai pertandingan nyanyian. Antaranya pertandingan nyanyian Monsoon Kad di Tanjung, Kuala Trg, tempat ke3 dgn lagu Selingkar Kasih (Rem), juara pertandingan nyanyian Anis Suraya Beauty Salon dengan lagu Pelangi Petang. Pernah menyertai uji bakat AF3, namun nasib tidak menyebelahinya sehinggalah dia menyertai uji bakat AF4 mendendangkan lagu Warkah Berlagu Pilu. AKHIRNYA anak pasangan Ramly Yaakob dan Zanidah Awang itu menjadi kebanggaan TERENGGANU apabila dinobatkan sebagai JUARA AF4 pada 5 Ogos lalu. Dia meraih undian SMS sebanyak 34% menerusi lagu HUJAN dan LIHATLAH, sekali gus membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai hampir RM400,000.
Wednesday August 16, 2006 - 07:50pm

Photo Albums at WiddlyTinks.com

Scrapbook at WiddlyTinks.com