LAGULAMA..
korang suka tak lagu2 lama...aku ada banyak koleksi lagu2 lama..sampaikan budak umah aku cakap aku ni orang lama..hehehe..suka dengar sinarfm..
ni ada related lagu yg maksud seakan2 sama..cuba teka lagu sape yek?..
sukarnya untukku berpisah denganmu, kau kunci cintaku di dlm hatimu... (senang jek nih..)
tiada guna kau berpatah arah, jika niatmu menyambung kasih, apalah ertinya di sebalik tangisan atau rintihan... (tau tak..?)
kesukaran melafazkan pengucapan perpisahan kepada yg setia..tapi terpaksa kuterima kerna aku tidak mahu melukakan mu sayang... (..ha..mesti tak tau kan..)
ehheee...first: lagu ramlah ram..kau kunci cintaku dlm hatimu.masa tu aku ingat lagi zaman HMI, dia pakai baju merah ada hati besar kt depan dada..lawak tul..second: lagu francisca peter..slh sorg penyanyi bukan melayu yg nyanyikan lagu2 melayu dn diterima ramai peminat..third: ni lagu man bai 'suratan takdir'..anak buah aku sebijik muka macam man bai..nama dia ayie..heheh..hensem besar sok dia tu..
Tuesday November 28, 2006 - 02:38am
16 11 06
hujan renyai2 masih membasahi bumi, kilat sesekali memancarkan cahaya..ayu masih di situ..masih merenung apa yg dh berlaku pada dirinya sedikit masa lalu...
ayu dulu dan kini..takkan sama dah..dia dulu dh mati..tapi sekarang..e new brand of ayu was born..(nt2 akan mati lagi sekali..hehehe).. biarlah yg berlalu tak berulang (bak kata lotter).. setelah pelbagai onak duri dilalui, lautan luas direntangi, segala bukit bukau didaki lagi sukar, segala jenis hempedu ditelani, segala madu dirasai... akhirnya ayu telah berada di penghujung jalan, dh takde simpang, jalan mati, jalan buntu... cannot go anymore..
mungkin apa yg berlaku ada hikmahnya, Allah Maha Mengetahui segala2Nya mahupun yang baik ataupun yang buruk..Allah dh kasi pengajaran buat kali kedua buat ayu..perlu diteladani dan diambil pengajaran..Allah sayang ayu..
chayok!chayok! (phrase yg digunakan dlm drama korea dulu)..ayu boleh! ayu boleh jadi seorang yg tabah, yg tegas, yg benar, yg baik, yg bagus, yg pandai, yg cerdik, yg pandai menilai mana baik mana buruk, mana kaca mana permata, mana darah mana air, mana haq mana bathil...semua dh ada depan mata, cuma perlu diteliti dengan bijaksana, gunakan mata, hati dan jiwa (bak kata awie..) ataupun lebih berkesan lagi guna pendengaran, penglihatan dan hati untuk membuat pembezaan kerana itu sume akan diminta pertanggungjawabnya..
mungkin selama ni ayu hanya berfikir mengikut nafsu, terlalu mengikut kata hati, terlalu mengikut perasaan dan tidak berfikir mengikut akal..dan tentulah apa yg diperbuat sumenya adalah..sia sia saja...bagai fatamorgana jek, bagai debu ditiup angin jek, jadi bahan tepuk-tepukan jek..cukuplah! cukuplah selama ni ayu diperbodohkan, dipermainkan, diperkotak katikkan, diperjudikan, dimain2 kan..
stop right now..(kata spice girls lak)..cut it off, takde pekdah nya..mengabehkan bogheh jo..(kato org nogori sombilan..).udah udah la tu, nk tunggu apo laie..nk tunggu kucing bertanduk?..nk tunggu bulan jatuh ke riba?..nk tunggu musang berjanggut?..apo laie..?
kesedaran patut timbul dari dulu lagi, tp ayu tetap percaya, dan ayu tetap bagi peluang, dan ayu tetap berhajat untuk mengubahnya, berhajat untuk membelanya, berhajat untuk menjaganya, berhajat untuk menggembirakannya..tapi apa ayu dapat?..usaha ayu tidak penah diakui, dilihat, dihargai, disyukuri..
cukup sampai di sini saja, relakan perpisahan ini...(ni tak silap lagu shidee kot)..
"buatmu insan yg penah kusayangi, semoga hari2mu akan lebih bermakna dan direstui Allah.." terdetik hati ayu...
moga2 dimakbulkan...
Amin...
Thursday November 16, 2006 - 03:12am