30 Jun 2009

ANTARA ARTIS YG AKU MINAT

Bosan dok opis nih..sejuk sangat..aku dh lengkap ni kategori demam : mula2 batuk, then selsema, cuma badan jek tak panas lagi.. mm...cian kt aku takleh nk cium Ira sangat, takut berjangkit plak.. Well, tengah boring ni mari kita bercerita tentang artis kegemaran aku. Saja nk mengisi masa lapang.. selama ni pun aku tak pernah nk bercerita ttg artis kegemaran aku kan.. Meh aku senaraikan kt bawah ni ;

For the first person of course la Dato' Hajah Siti Nurhaliza binti Taruddin kita ni. haa..dah Hajah dah. kalo korang ingat lagi, aku pernah citer pasal dia dlm Yahoo! 360. Aku suka dengan prinsip dia dan kecekalan hati dia sehingga berjaya sampai ke hari ini. Dan dia lah satu2 nya penyanyi yg bole senyum ketika nyanyi tapi suara maintain jek. Even ramai peminat tak suka perkahwinan beliau dengan Dato Khalid bin Mohd Jiwa.. (Nama glamer Dato' K) tapi aku ok jek, dah jodoh dia. And alhamdulillah setakat ni masih bersama, romantik jek aku tengok gambar2 terbaru pasangan bahagia nih. Terbaru dia bikin konsert Satu Siti Nurhaliza di Istana Budaya. Tahniah buat Siti. Aku membesar dgn lagu2nya, kompem hafal la kalo lagu dia..hee.. And umur dia setahun jek lebih tua drp aku. Tapi kami tetap cute..hee.. bila la nk tengok Siti ni jadi mak orang.. :-)


Nasha Aziz, model dan pelakon popular. Aku suka sangat tengok dia berlakon. Comel dan cantik sangat, dah model kan.. mestilah cantik. Tahun ni dia dh 38 tahun. ishh.. ish.. tapi tak makan tua kan, maintain jek.. mesti maintanence tinggi nih. Dulu dia pernah bertunang, tapi putus di tengah jalan. Aku suka tang dia bercakap, manja sangat. Dia mmg pandai berlakon. And aku lebih suka tengok dia berlakon dlm drama komedi. kalo diikutkan dgn kerjaya dia dh berjaya, cuma kehidupan peribadi dia mungkin belum ada rezeki lagi.


Kalo Jacko adalah Raja Pop Dunia, kat Malaysia pun ada.. ni dia Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah. Suara jantan dia memang memukau, baru jek tadi aku dengar lagu dia berkumandang kt radio kt opis ni. Cuma dia ni banyak sangat kontroversi, pasal masalah dadah la, cerai la.. ni masalah peribadi la. Karier dia masih bertahan sampai skang. Suara dia masih mantap seperti dulu, meremang bulu roma bila dengar dendangan beliau dlm lagu Azura dn lagu2 lama dia. Muka dia pun macam awet muda kan.. tak makan tua.. Alhamdulillah skang dia dh bebas dari cengkaman dadah dan kehidupan dia makin bertambah baik. Lately banyak jugak dia buat konsert. Makin laku la nih..


Ni sorang lagi pelakon yg aku minat. Fazura, memula aku tengok dia dlm citer Gila Bola the series. best sangat, aku suka cara dia cakap dn berlakon, bersahaja. then aku suka jugak tengok drama dia dgn Aqasha tu apa ntah tajuk dia yg berlakon kat Kelantan. then latest dia jadi pengacara dlm anak Wayang, tu pun aku suka tengok keletah dia. Kes dia kt mahkamah dh settle dah, dia disahkan tak bersalah dlm kes pergaduhan kat disko dulu.


Rita Rudaini pun aku suka jugak.. (ishh..banyak pulak aku suka kan..? ..heee). Aku suka tengok cara dia cakap jugak, cantik. Rambut dia cantik, hitam. Aku suka muka dia panjang lonjong n senyum manis jek. Mula2 ku tengok dia dlm citer Toll Gate Girl. dlm citer tu dia jadi kawan Markonah, menjadi betul la dengan loghat Utara, memang dia org Perlis pun. But lately kuar citer dia kawin dgn Aidil, pemain bola sepak tu. Jarak usia jauh sangat tapi dh memang jodoh dia. redha jek, skang tgh mengandung. Mesti anak dia cute kan nt.. skang aku suka tengok drama Cinta Gila. memang best la dia berlakon..

MICHAEL JACKSON DIED..

BYE..BYE THE WORLD..












Date of Birth : 29 August 1958, Gary, Indiana, USA
Date of Death :
25 June 2009, Los Angeles, California, USA
Birth Name : Michael Joseph Jackson
Nickname : The Gloved One, Wacko Jacko, Jacko, King Of Pop, MJ
Height : 5' 10" (1.78 m)

Spouse : Debbie Rowe (15 November 1996 - 8 October 1999) (divorced) 2 children
Lisa Marie Presley (26 May 1994 - 18 January 1996) (divorced)
Trade Mark : The Moonwalk, Single sequined white glove, He always wears white socks with black shoes,
Says "Hee Hee" in many of his songs, High-pitched voice
.


Mini Biography
American superstar Michael Jackson was born in Gary, Indiana on August 29, 1958 and entertained audiences nearly his entire life. His father, Joseph Jackson, had been a guitarist but was forced to give up his musical ambitions following his marriage to Katherine (Scruse). Together they prodded their growing family's musical interests at home. By the early 60s the older boys Jackie, Tito and Jermaine had begun performing around the city; by 1964 Michael and Marlon had joined in.


A musical prodigy, Michael's singing and dancing talents were amazingly mature and he soon became the dominant voice and focus of "The Jackson 5." An opening act for such soul groups as the O-Jays and James Brown, it was Gladys Knight (not Diana Ross) who officially brought the group to 'Berry Gordy''s attention, and by 1969 the boys were producing back-to-back chart-busting hits as Motown artists ("I Want You Back," "ABC," "Never Can Say Goodbye," "Got to Be There," etc.). As a product of the 70s, the boys emerged as one of the most accomplished black pop/soul vocal groups in music history, successfully evolving from a Temptations-like group act to a disco phenomenon.

Solo success for Michael was inevitable, and by the 80s he had become infinitely more popular than his brotherly group. Record sales consistently orbited, culminating in the biggest-selling album of all time, "Thriller" in 1982. A TV natural, he ventured rather uneasily into films, such as playing the Scarecrow in The Wiz (1978), but had much better luck with elaborate music videos.

In the 90s the down side as an 80s pop phenomenon began to rear itself. Michael grew terribly child-like and introverted by his peerless celebrity. A rather timorous, androgynous figure to begin with, his physical appearance began to change drastically and his behavior grew alarmingly bizarre, making him a consistent target for scandal-making, despite his numerous charitable acts. Two brief marriages -- one to Elvis Presley's daughter Lisa Marie Presley -- were forged and two children produced by his second wife during that time, but the purposes behind it appeared image oriented. Despite it all, Michael Jackson's passion and artistry as a singer, dancer, writer and businessman are unparalleled, and it is these prodigious talents that will ultimately prevail over the extremely negative aspects of his seriously troubled adult life.

For it all to end on June 25, 2009, with his sudden death at age 50 of an apparent heart attack just as he was just coming out of a four-year reclusive period and rehearsing for a sold-out London concert "comeback" in July seems uncommonly cruel and tragic. Millions upon millions of dedicated fans will remember where they were "the day Michael died".

29 Jun 2009

6 BULAN BF

Alhamdulillah..sekarang dh masuk bulan ke 7 aku fully breastfeed anak aku.. well, dengan itu bermakna aku telah berjaya mencapai target pertama ku untuk fully bf selama 6 bulan.. so TAHNIAH diucapkan kepada Ummi Syakira Faiz.. timakaseh..! timakaseh..! heee... so lepas ni kena capai target kedua lak.. 1 tahun fully bf..

So far so good, susu masih bole dibekalkan setakat ni. And ditambah plak skang ni Ira suka makan. Setakat ni aku bagi dia makan Beras + Susu, Beras Merah, Beras + Buah-buahan..sumenya produk Nestle.. Sume Ira suka kecuali beras merah tu dia kurang sket.. Mula2 aku bagi makan sekali jek sehari.. tapi lately dia dh tak cukup makan, so aku kasi 2 kali sehari. Tengahari masa kt taska sekali, then balik rumah aku bagi lagi sekali dlm kul 7 mlm camtu beserta dengan ubat dia. Yg kelakar semalam leh dia nangis2 tak cukup makan.. hee.. kuat makan gak anak aku nih.. mcm Ummi dia ker?.. aku biasanyer bekalkan makanan dia tu dlm bekas makanan yg ada 3 compartment. ala.. bekas letak susu yg terus leh tuang tu.. bukak penutup then terus tuang isi dia.. biasanya aku siapkan 1 compartment utk 1 kali makan.. tapi semalam Ira habiskan 2 compartment tu sekali makan.. huyoo.. ganas.. ganas.. banyak tu.. 1 tu dlm 2 sudu (sudu susu anmum tu).. means sekali makan semalam 4 sudu.. balik jek aku tak kasi makan, sebab dia pun baru lepas nyusu (sebabnya dia masih jeluak kuar susu).. bagi makan ubat jek, then dia tido dgn nyenyaknya.. hee.. anak Ummi ni.. kuat makan rupanya.. montel2 comel takpe.. jgn terlebih montel yek.. caayang dia... mmmuahhh..

25 Jun 2009

PENGALAMAN MENGANDUNG

MM..tengah best layan blog nih.. aku nk kongsi la pengalaman aku masa mengandung dulu.. mmm.. aku just buat kesimpulan la yek... pengalaman 3 bulan pertama agak teruk.. 1. MUNTAH.. aku asyik muntah.. makan muntah, makan muntah.. sampai aku takut nk makan.. kalo gi kt kedai makan, mesti cari tempat yg hujung2, yg ada tanah..yg senang nk muntah la kan.. 2. BERAIR LIUR dengan banyaknya tau.. sentiasa penuh mulut nih, sampai aku sediakan tempat utk meludah.. aku letak tisu dlm bekas.. dh penuh buang, then ganti lagi, tak selesa sangat.. tu yg payah kalo nk berjalan ke mana2 tu.. 3.TAK SIHAT BADAN... pening2, berpusing2.. takde mood.. nk bangun pun susah..selalu sangat tak gi keje.. kalo pegi pun kadang2 separuh hari dh tak tahan, kdg2 tido dlm surau... 4. JAGUNG.. ni jek makanan yg bole masuk dlm perut aku.. tak kisahla jagung rebus ke, bubur jagung ke, asalkan jagung.. yg lain takde selera langsung.. tapi lepas beranak, takde plak nk makan jagung.. 5.BAU HUBBY..takleh bau seh.. kesian hubby.. ntah, padahal dulu kalo hubby tak mandipun aku peluk, tapi masa mengandung, mandi sewangi mungkin pun, tetap busuk di hidung aku.. takleh nk tido dekat2..heee...cian hubby... 6.TAK SUKA MAKEUP.. dah tu badan tak sihat, mana nk melaram nyer.. n memang malas langsung la nk pakai lawa2.. belasah jek.. org kata kalo malas nk melawa ni anak lelaki, tapi akhirnya pompuan yg keluar..hee.


Ni la antara gambar masa mengandung.. aku GEMUK, tapi takdela gemuk sangat.. setakat 52kg jek.. teringat zaman2 bawa perut dulu. masa buat kerja, kalo gi mana2 cthnya bank kan, mesti SPECIAL.. sebab bole berurusan kt special kaunter.. or kalo beratur mana2.. mesti dorang suh kita gi dulu.. best kan.. n aku STILL DRIVE keta lagi sehingga sehari sebelum bersalin.. ganas tak?.. nasib baik masa tu dh dapat keta saga, auto.. (kancil dh jual), sebabnya masa aku bawak viva k.yam, tak muat perut daa.. yg bagusnya aku nih, sehari sebelum bersalin tu aku still KERJA.. huyoo.. pekerja cemerlang nih.. hehe.. n bila bercakap pasal BAJU, ada uniform.. takleh nk pakai baju kecik2 dah, seluar kena beli yg baru, yg size besar.. n aku pi kutip baju2 kakak2ku yg dolu2.. aku pakai gi opis lagi, ada yg kain cotton, berzaman punyer baju.. ihik.. tapi aku pakai jugak, ok apa.. adalah yg baru aku beli..tapi skang sume masuk storla..pakai balik bila nk mengandung lagi.. mengandung lagi?.. bila?..heee...tungguuu la...insya Allah kalo ada rezeki lagi...tak merancang.. kalo ada alhamdulillah.. kaloo takde pun tetap alhamdulillah ;-)

PENYU MENANGIS SIAPA YG TAHU

penyu menangis ker?..ntah, aku pun tak tahu..tapi yg pastinya penyu yg aku duduk ni tak menangis pun.. ihik... penyu glamer dekat rantau abang, terengganu..tapi replika penyu ni kat negeri sembilan tau.. kt trg takde.. apa nama tempat ni ek?... alaa.. tempat berkelah tu..isyyhhh..lupa plak namanya..nt la balik ty abang..hee

24 Jun 2009

KENANGAN HONEYMOON..

inilah tempat di mana kami honeymoon..doket jo..

honeymoon time..

cak..hee..

berposing macho..

nila hotel penginapan kami..kecik jek aku kt tengah2 tuh..hee
kesian kami..amik gambar sendirik jek..senget2..tapi ok la..

best kan tengok air kt belakang tu

macam model tak..haha

cantik pemandangan di beranda hotel..

gambar kami..


ni gambar dulu2 masa takde anak lagi..

skang dh ada anak.. ni la anak Abah..

ni plak anak Ummi...hee..

perasan tak tahi lalat kt pipi kiri?..haa..tu la yg manis abah Ira nih..heee

Ummi plak tang manisnya..semestinya lesung pipit kt pipi la..sebelah kiri nampak dlm, tapi belah kanan sikit jek kedalamannya..tu yang Ira dapat lesung pipit tu...dari Ummi dia lah..

lagi gambar pengantin baru..

ini pelamin di rumah kami.. simple jek..dibuat oleh Che Ngoh n Pok Ping..aku jadi director..hee... setakat ni pelamin kt rumah aku, sume bikin sendirik..save bajet..

nila singgahsana di pihak pompuan..cantik, yerla dengan package semua..


Ni gambar masa kat rumah pengantin perempuan. dengan set persalinan hijau.. pihak lelaki (gang aku ler tu)semua berbaju oren..kesian pengantin kepanasan, berpeluh2..

KENA SEDUT LAGI...

gambar kt atas ni masa dia baru2 belajar meniarap..gambar dia duduk dlm tepon la plak..ntla forward dlm pendrive.. skang ni makin lasak dia..semalam lagi kelakar, kaki dia leh tersepit bawah kerusi..hee, sib baik lampin dia tu besar, kalo tak dengan dia2 masuk bawah kerusi..heee....
ni nak citer.. 2 hari lepas, utk kali kedua aku ke Hospital An Nur..Ira batuk n bunyi asma lagi.. N sekali lagi dia kena sedut gas tu.. melalak la dia.. mmm.. doc kata sebab tak sampai 1 bulan dia dh kena lagi.. means dia mungkin akan terkena asma.. then doc bagi ubat utk 2 minggu.. tengok cmne.. lepas habis ubat tu tengok berhasil ke tak.. kalo tak pegi lagi.. mm.. cian anak ummi.. harini pun dia bernafas still dengar bunyi mcm org asma tu, cuma lagi dia aktif jek.. so aku lega sikit la... hope lepas habis ubat tu Ira semakin baik..Amin..

21 Jun 2009

JATUH KATIL...

heee..ni citer kelakar nih..bukan aku laa..anak comel aku tu hah.. semalam.. tanggal 21.06.09 first time Ira jatuh katil.. cian dier..cmni citer dia..biasanya Ira akan tido di tengah2 antara aku n hubby..tapi my hubby masuk bilik lambat (tertido kt luar), dlm kul 4 pagi kot, so dia just menempek kt sebelah aku jek la.. jadinya Ira tidur di bahagian tepi katil. dlm kul 6.00 pagi camtu, aku terdengar... eerkkkk!!!..laa.. aku tengok kepala anak aku dh jatuh kt bawah celah katil tu.. badan dia still kt atas lagi.. terkejut kami berdua, sepantas kilat aku bangun angkat dia..nasib baik la kt celah katil tu ada bantal golek.. n nasib baik tak jatuh bawah..just kepala jek

lepas tu aku sambung tido lagi, mengantuk sangat.. biasanya aku bangun 6.30 pagi...then dlm dok aku jaga dia tu.. dlm hati berkata..' tak jatuh dah ni, aku jaga'..tapi mata aku bukak tutup bukak tutup..masih lalok.. Ira memang taknak tido dah...dia dok main2...tiba2...aku terkejut kali kedua...eerrrkkk!!! kali kedua dia menjerit.. heee... kali ni dgn badan2 dia dh masuk celah katil tu..sib baik bantal golek tu penyelamat...hee.. kesian si comel I tu... tapi dia tak nangis, sekadar menjerit bagitau Ummi dia yg dia jatuh katil.. :-)

Lain kali Ummi tak bagi dah Ira tidur tepi sekali yek..kena dok tengah2 dah..sebab dh makin besar, dh makin pandai bergolek2 masa tidur pun..ingatkan masa dia main jek.. huisshh..kalo main.. letak seminit kat hujung sini kan.. tengok sekali lagi mesti dok sebelah nun sana.. heee... bergolek2 dia.. tapi aku seronok tengok dia.. lagi2 skang ni dia dh pandai duduk.. nk duduk saja.. kalo baring, menjerit marah...anak Ummi..! anak Ummi..

19 Jun 2009

44KG...

Akhirnya persoalan di kepala terjawab sudah... sememangnya aku taknak timbang berat badan, saja jek.. aku tahu kurus tapi saja... tapi akhirnya aku timbang jugak berat badan aku 2 hari lepas kt Tesco. ala.. kt penimbang yg kena letak 20 sen tu..masuk jek syiling..angka yg ditunjukkan..44..wah..menjerit aku kat situ..

hee..seingat aku masa kt U dulu pun maintain 45kg tau..susah betul nk turun dulu.. then lepas kawin maintain berat dalam range 45-50 kg.. tp masa mengandung berat badan aku dlm 52 kg.. cuba tolak 52-44..berapa dapat?... 8 ! 8kg tau.. cuba pegi angkat ayam sekor yg 8kg..berat tak?..haa 8kg dh hilang semenjak aku melahirkan Ira tau...suka sangat...

alhamdulillah..

17 Jun 2009

Ira kena sedut gas

Sebelum ni Ira asyik batuk tau..bila dia bernafas ada keluar bunyi..(mcm ornag asma tu..). Aku biasa sangat dengar bunyi tuh sebab 2 org kakakku menghidap asma (dorang kena pakai ubat sedut yg mcm pistol tu, mcm pistol?..hee..) so haritu..01.06.09 aku gi hantar dia ke Hospital Swasta An-Nur, Bangi (hospital yg aku selalu check up waktu pregnant dulu)..masa tu doc kata paru2 dia ada gangguan, so perlu sedut gas..so pegila bilik belakang tu.. nampak jek tong gas tu..huhuhu...tu dia.. tong gas yg paling besar.. siap ada tiub panjang n ada pelekap muka ...start jek dia on gas tu..Ira dh mula menangis.. then nurse tu tekupkan kt muka dia.. meraung2 dia.. terkejut kot..sampai nurse tu stop kejap.. aku pujuk2 dia..dia berhenti nangis.. tapi yg kelakar kan.. dia tenung tajam kt nurse tu, marah kot...n bila sambung sedut, dia sambung meraung lagi..sampai serak2 suara.. last2 dia terlena..heeee..kelakar sangat. tapi cuak jugak sebab tak pernah aku dengar dia meraung mcm tuh. Balik umah aku terus bagi ubat yg doc kasi..ikut aturan dia. Alhamdulillah batuk dia beransur pulih..

Then aku ada la berborak dgn my fren, Ros..rupanya anak dia kena benda yg sama. Kena sedut gas jugak, cuma anak dia lagi teruk sebab lepas tu anak dia takleh bernafas, takleh nk tido malam sampai masuk wad..masukkan tiub dlm hidung tu untuk keluarkan lendir...kesian.. Tengok doc masukkan tiub kt org dewasa pun kita dh kesian, apatah lagi kt baby.. semoga baby Ros bertambah sihat yek..

16 Jun 2009

Beg baru Ira

Tgahari tadi aku gi Ampang, jumpa factoring company. Office dia tu opposite Ampang Point. And aku gi la sana sebab aku ada aim 1 beg. Nila beg diaper baru Ira..sebelum ni dh 2 beg pakai..2 2 dh tercabut zip..so aku beli yg ni, xde zip just snap button.. senang.. lagipun sama dgn beg susu dia yg dulu tu..kira 1 package la bawak gi taska.

Name : Simple Dimple-Tote Diaper Bag
Your Price: MYR29.90
Serial Number: SDT01/02/03
Product Descriptions :
100% cotton with pvc laminated. Magnetic clip opening.
Size : 29.5 x 14 x 35 cm
Slip pocket and elastic band inside main compartment
Changing mat included
Strong & durable shoulder strap
Design: Summer GreenBaby FlowerZoom Zoom

Name : Simple Dimple- Cooler Diaper Bag
Normal Price : MYR29.90
Sale Price : MYR23.90

SAVE rm6.00
Serial Number : SDC01/02/03

Product Descriptions :-
100% cotton with pvc laminated
Size : 23 x 13.5 x 19 cm
Fully insulated inside with silver heat insulation & mesh pocket
Short slip pocket at the front

Strong & durable body structure

And aku ada jugak belikan pacifier utk Ira, yg baik punyer..sebelum ni aku belikan pacifier brand NUK yg latex (puting kaler kuning tu)..tapi dah rosak dah.. dh 6 bulan pakai, dia punyer puting pun dh merekah.. beli dulu RM18.00 utk 2 puting..then aku try beli yg murah punyer..brand apa yek..lupa plak.. pemegang pacifier tu glitter waktu malam.. RM5.90..tak best..asyik terkeluar jek bila ira pakai..tapi sesuai dipakai utk waktu malam la sebab nampak jek cahaya dia tu.

Name : MAM- Ulti MAM Orthodontic Silicone Pacifier
Normal Price: MYR35.20
Sale Price: MYR31.70 SAVE MYR3.50

Pacifier Ira kaler pink, takdela plak gambar dia, tp just like that la..kaler lain jek. Aku beli tadi masa a new promotion RM12.00 untuk 1 unit. Harga kt atas tu untuk 2 pacifier. Dua-dua barang tadi aku beli kt My Mom's Care, Ampang Point.

14 Jun 2009

KERJA RUMAH

Boringnyer..sejuk plak kt opis harini...mengantuk, penat sume ada..malas plak nk buat kerja.. semalam pulang dari Perak, ingatkan nk rehat2 kt umah..tapi sampai Kajang, hubby nk jumpa kawan dia pulak, so aku ikut sekali sebab nk lunch sekali..then berlarutan plak ..pegi survey kitchen cabinet..sempat plak beli tv rack n katil.. malam kul 8 baru sampai umah...huhhh... start bukak pntu jek, terus terpikir mcm2 nk buat, nk buat itu, nk buat ini.. mcm tak menang tangan.. tp aku relax dulu, amik masa aku sendirik.. aku tidokan Ira dulu (menyusu sambil tido..dgn aku2 sekali..hehe)..then bangun balik dlm kul 11pm lebih dah..tung tang..tung tang..aku settle kerja2 rumah dlm 1pagi lebih..hubby, Ira n adik ipar (baru dtg semalam) dh nyenyak tido.. aku jugak yg kepenatan..terpaksa mandi setelah settle kerja2, aku ni takleh sket kalo badan melekit nt takleh tido.. sekadar basahkan badan, bukan mandi betul pun...barula aku melelapkan mata...

korang jgn tak tahu kerja rumah ni bukan senang nk uruskan tau..so sesapa yg nk bergelar isteri tu kena bersedia la dgn tanggungjawab baru ni yek, bukan setakat nk jaga husband n anak, rumah pun nk kena jaga beb.. Rumahku Syurgaku...so rumah nk kena selesa n tenang.. balik kerja nk lepaskan tekanan n kepenatan.. so kediaman mestilah bersih dn selesa dan aman..

tu pasal kalo aku ckp nk masuk tido dah kt hubby, mesti hubby heran pasal apa aku tak masuk2 bilik... mana tak nya..masa tu lah teringat..susu ira tak pam lagi, baju ira utk taska besok lum pack lagi, lampin ira nk kena sidai, rumah tadi bersepah dgn rambut nk kena sapu, tepon hubby tak caj lagi, kertas2 atas meja nk kena kemas nt hubby ty aku jugak, meja makan tadi bersepah nk kena kemas, periuk nasi nk kena rendam nt basi n berbau busuk plak, kain kt belakang nk kena angkat, nk kena lipat sebab baju baru nk kena sidai..itu ini dan itu dan ini...macam2 terpikir sebelum tido..

aku ni jenis yg perfectionist sket, tak suka rumah tunggang langgang..mahu semuanya terletak pada tempat yg betul..remote control tv & astro kenalah kt rak dia, surat2 kena la dlm bekas surat dia, kasut2 nk kena atas rak kasut bukan bersepah kt luar rumah tu, botol2 ira nk kena cuci sebab setiap hari nk guna (curiga dgn org taska basuh sebab balik still bau), baju yg sidai kena ikut aturan dia, yg kecik kena di sebelah depan sebab kt bawahnya ada baju lagi, yg jenis berat mcm jeans sebelah belakang supaya cepat kering, pinggan mangkuk plak yg kering kenalah simpan kt rak dia sebab nt yg baru basuh nk letak plak xdela basah sumenya, baju nkkena hang ikut almarinya, baju yg dh basuh yg nk basuh yg nk dilipat kena berada dlm bakul lain2, jgn dicampur, tuala nk kena sidai di tempat sidaian supaya cepat kering dn tak berbau..bla bla bla..

kalo aku nk perincikan kt sini..banyak wei..haa..banyak kan?..so patutla aku masuk tido sentiasa lewat..ke sana ke mari buat itu buat ini.. tapi apa2 pun aku enjoy buat semua tu, no pressure..sebab aku suka buat rumah ku seperti syurgaku..cuma kekadang tertekan jugak jika ada org yg tidak mengikut aturan..okla..nk balik dah..nk kena amik my lovely princess Ira..bye

13 Jun 2009

family Tok Limah..

Mak : Limah binti Jusoh, 74 thn...beliau telah melahirkan dan menjaga 11 org anaknya.. dan alhamdulillah semuanya berjaya dalam hidup, pernah mendapat anugerah Ibu Mithali kt kampung kami...saayyaang mak.
(Arwah Ayah: Abd Latif bin Awang-telah meninggal dunia pada 11.10.1995..masa tu aku tengah trial SPM kt MRSM KT..rrriiiinnddduuu sangat ayah...Al-Fatihah untuk Ayah)

anak pertama : Mohd Sadri, 54 tahun, dh nak pencen dah, kaunselor sekolah menengah, ada 4 org anak

anak ke-2: Ghazali, 51 tahun, pesara TLDM, skang kerja sendiri, di sebelah dia tu wife dia la, ada 5 org anak

anak ke-3: Maznah, 49 tahun, akauntan di Lembaga Pertubuhan Peladang..merangkap tukang masak family, dia masak best tau..paling banyak anak, 7 orang

anak ke-4 : Rubiah, 47 tahun, aku panggil Che Ngoh, seorang guru..ada 3 org anak

anak ke-5 : Mariam, 44 tahun, bekerja sebagai pembantu makmal di Sek Wangsa Maju..masih single & available..hee

anak ke-6 : Halim, 42 tahun, bekerja dgn Petronas hampir belasan tahun dh, ada sorang anak, bakal menimang cahayamata ke2 hujung tahun ni..

anak ke-7 : Suhaizak, 40 tahun, bekerja dgn Perwaja..ada 5 orag anak

ank ke-8: Rohani (paling kiri mendukung anak bongsu nya), 37 tahun, bekerja di Klinik Kesihatan Jerteh..dulu dok Klang..mula2 aku start dok KL aku tumpang umah dia la..ada 4 org anak


anak ke-9 : Fatimahtul Zahrah, 34 tahun, masih single, tukang jahit di Besut..

anak ke-10 : Suhaimi merangkap pengantin, 31 tahun, cikgu KPLI kt Johor..

anak ke-11 : aku ler..yang cun tu..heee..takyah gambar la..banyak dh gambar aku dlm blg ni..heheh..lagipun hubby aku ajak gi makan nih.. tak sempat nk upload

ini kakak iparku, Kak Nor, wife abg sulongku..


k..tengok 3 org yg depan yek.. dari kiri abgku yg ke2, Abg Jali (muka dh nk jadi mcm muka arwah ayah dah).. belakang dia tu abg ipar aku Abg Usop, suami kpd Che Ngoh (menantu kesayangan mak..hee, keja bank rakyat).. n belakang dia plak abg iparku jugak, husband K.Nah, Abg Ripin (dia ni seorang bomba tau)


inilah antara kakak iparku...dari kiri, Kak Indong (wife Abg Jali), sebelah dia tu anak sulong dia Kak Long..Che Ani (wife Abg Alim..sedang mengandung 3 bulan)..Che Nor (wife Abg Jak)
Photo Albums at WiddlyTinks.com

Scrapbook at WiddlyTinks.com