ALHAMDULILLAH... tepat jam 7.50 pagi pada 02.08.2010, lahirla seorang lagi Puteri kesayanganku di Hospital Serdang seberat 2.61kg yang diberi nama SYAUQINA FAIZ. semuanya berjalan lancar..
yang kelakarnya pada hari sabtu aku balik kampung Palong. hari ahad aku balik semula ke Kajang. dalam perjalanan balik tu mmg jem sesangat. lenguh2 pinggang. at last aku n hubby amik keputusan stop makan kt Restoran Warisan. memang best sangat makanan kt sana even harganya mmahaal. tapi ok la, suasana high class, siap ada live band. malam tu aku makan beehun tom yam (tanpa menyangka inilah makanan ku yg terakhir..huhu) dan diiringi oleh penyanyi S.Sahlan.. hubby aku siap amik gambar dgn dia lagi.
than kami sambung balik perjalanan. sampai kt umah dh kul 11 mlm lebih. aku dh tersangat sakit pinggang. hubby ku pulak dh tersangat sakit kaki. yerla, baw'ak keta dlm jem, even keta auto pun lenguhnya masih terasa. aku still ok, tp pinggang ku terasa sangat sakit. aku ada ckp kt hubby, 'apsal rasa cam baby nk kuar jek bang, dia dh main kt bawah sesangat ni'. rupanya masin mulutku...
paginya kul 3 pagi, aku terasa sakit perut. aku ada agak nk bersalin, tapi sakit perut ni bercampur dengan sakit perut nk 'memerut', 3 kali jugakla aku memerut. sakit perut selang 5 minit sekali. tapi bila dh settle mengosongkan perutku, sakit perut masih lagi terasa.. kalini kompem sakit nk beranak.. so kul 5.30 pg tu aku terus mandi, kejutkn hubby yg dh terlena kt depan tv (sambil teman aku di saat sakit perut..tq abang). hubby terpaksa angkat anak sulungku yg lena tido.. cian dia.. terlentok2 lagi terpaksa bangun.
kul 6pagi kami sampai di Hosp Serdang. aku check in, n terus doc suh masuk bilik. macam dulu jugak dorg terus pakaikan aku heart beat baby. masa aku sampai aku dh 5cm bukaan. hubby aku kt luar menunggu dgn Syakira. terpaksa call adik ipar n kakakku utk dtg jaga Ira, sbb I need my hubby. tak lama kemudian, doc dtg cek dia kata dh 7cm.. masa tu dia kata nk pecahkan air ketuban aku. tp tak jadi sbb misi lain kata dh fully ni. masa tu sebenarnya, wad bersalin full, tp dek kerana bukaan aku cepat, dn dh nk beranak, mereka terpaksa dapatkn bilik utk aku. dengan lajunya misi bawak aku ke wad bersalin. masa tu aku rasa mungkin dlm kul 7.30 am kot. sbb kejap jek aku dok situ, terus dia suh aku kangkang n meneran. aku cam tak caya, aku dh nk beranak ker? hubby aku masih menunggu adik n kakak dan terpaksa tunggu di luar jek. dgn sedihnya hubby ku takde menemaniku..(sedihla jugak)..
alhamdulillah, sekali teran.. kuar kepala.. dua kali teran, anak ku kuar sekali dgn air ketuban.. masa tu leganya rasa.. cuma terkilan takleh nk pegang tangan hubby.. tp takpe, asalkan sumenya selamat. aku dh selamat melahirkan tapi hubbyku masih tak terima berita kelahiran. tu yg aku geram.. yg lagi kelakar, aku tepon hubby aku, masa tu dlm kul 9 pg dah.. hubby aku terkejut bila aku ckp dh nyusu baby. rupanya dia tak tahu aku dh bersalin..huhu.. patutla dia tak msuk2 lg.. tp masa tupun adik ku msh lum smpai. so mmg hubby takleh msuk lg sbb jaga Ira. then dlm kul 10lbh brulah hubby dpt jmpa dgn puteri ke2nya dn mengazanknnya.
aku cuma tak puashati bila time misi nk jahit.. ya Allah, sakit sangat even dh pkai ubat bius. kalo dulu, aku tak terasa apa pun masa dia jahit tp yg ni misi ganas sungguh. satu2 aku rasa, masa dia msukkn jarum, tarik benang.. ya Allah, aku menjerit kt situ jugak.. dahla hubby takde.. dn effectnya sakit sgt tpt jahit. smpai hrni pun (hari ke-10) aku msih terasa sakit sbbnya dh bengkak sket. kalo dulu aku tak terasa pun sbb tu dulu aku jln laju jek.. kemudian dek krana ramai org aku terpaksa menunggu utk msuk wad bersalin berjam2 atas katil dgn baby. dorg terpaksa susun katil2 pesakit sbb bilik msih penuh. bygkn la aku bersalin kul 7.50pg tp dpt msuk wad kul 12tghari... brulah lega... than brulah fmily leh dtg tgok aku n baby. dn alhamdlillah aku tak perlu tido kat hospital sbb takde msalah. baby dh buang air kecil dn besar, aku pun dh buang air jecil.. so settle.. ptgnya dh bole blk. kesian kt ank sulungku dok ty ummi dia.. tgok2 dh dpt baby.. mesti dia heran kan..