27 Disember 2010

DAH MENIARAP..

Alhamdulillah.. Qina dh meniarap di usia 4 bln setengah. cepat betul dia, Ira dulu lambat.. nk letak gmbr terkini tp mcm tak berkesempatan jek.. ni pun menulis sambil menyusukan Qina. mm.. dh payah nk jumpa masa terluang utk berblog ni.. rindu gak nk mencerpenkan apa yg berlaku kan...

2 mggu selepas Raya Haji haritu, mak sedara ku; Mok Long meninggal dunia.. aku tak sempat balik. aku just berkesempatan semasa aku pulang ke kampung, smggu selepas kehilangannya. so just menziarah anak2nya. takziah to seluruh ahli keluarga.. kemudian selang 2 mggu, pak sedara ku yg berada di Rompin; Pokcik Him pulak mengikuti jejak langkah meninggal dunia. Alhamdulillah aku sempat berjumpa dgnnya sebelum dia melepaskan hembusan nafas terakhir, just beberapa jam jek.. aku balik dr rumahnya dlm tengahari then malamnya dia sudah tiada.. apa2 pun takziah jugak to kaum keluarga. yg sedihnya pastila Emakku.. kerana kesemua adik-beradiknya sudah meninggal dunia.. dgn itu aku memanjatkan doa dn harapan kepada Allah semoga dipanjangkan usia ibuku serta diberikan kesihatan yg baik.. Amin...

ok bersambung balik cerita pasal anak ku tadi.. skang ni aku just pakaikan CD utk Qina jek, waktu siang.. mlmnya aku pakaikn DD jgak. utk kesenangan.. hehe.. Ira mmg fully DD sbb dia punya 'bhn bungan' punyalah banyak, then x dpt ditampung oleh insert CD, yerla dia kn mnum susu tepung.. bykla kencingnya.. try jgak ajar dia kencing n iyak kt bowl, dia ckp pandai... siap ulang balik tu.. tp time kejadian... senyappp jek.. tau2 dh basah kt tpt dia duduk.. huhu.. adalah dlm 4 hari aku try.. sama jugak keputusan.. relax jap.. nt belajar lg la.. bila nk start ek?..

15 Oktober 2010

Cloth Diaper ku..

huhu..dh lama aku tak gunakan CD ku yg banyak itu. seingat aku sejak aku sarat mengandung aku dh tak guna CD. yerla, masa tu kan sarat, tak larat nk membasuh byk2 kali. lagipun CD aku tu dh mula bocor2 kalo Ira pakai.. mula2 pakai masa malam n nk gi jalan2 jek. then lepas tu guna DD sepenuhnya hinggalah aku lepas pantang. skang Qina dh umur 2 bulan. so aku ada terpikir nk belikn yg baru utk Qina or pakai jek yg Ira, sebabnya kalo Ira pakai mesti basahnya kt tepi CD tu (celah peha)...

And minggu lepas, kawan hubby dtg beraya kt umah (walaupun Syawal dh habis..hehe), aku dok borak2 dgnnya. rupanya dia pun pakaikan CD utk anaknya, dh umur 2 thun pun anaknya n she still fully breastfeed her daughter. sama mcm aku la dulu2, tp tak sempat nk susukn Ira sampai 2 tahun, dh dpt adik.. so dgn berjumpanya aku dgn Janet tu, mendatangkn semangat yg jitu (dahsyat ayat nih), utk pakaikan balik CD utk anak2 ku.. tak perlu lagi beli DD yg mahal itu. sebenarnya kan, sejak aku pakai fully CD kt Ira dulu (adlaah dlm 1thn stgh).. teringin nk beli DD.. hehe (ada plak cmtu ek).. yerla dulu kalo gi mana2 shopping complex tak penah masuk bahgian Diaper nih. skang jadi gian, asal masuk jek mesti nk cr DD.. banyak woo habis pakai DD.. padahal baru jek dlm 4 bulan kot aku pakai, tp dh mencurah2 duit kuar.. dhla aku tak kerja skang ni. cian hubby aku...

so dgn azam baru, aku pakai blk CD ku itu.. kakak n adik sekali, hehe.. jimat kan. tp aku pakaikn DD waktu mlm sbb mls nk melayan kalo terbocor kt katil aku..huhu.. n mgkin jugak kalo jln2 sng pakai DD. yerla dulu bolela aku pakai fully CD sbb anak sorg. skang dh 2, so masa terhad..kira okla kan.. save bajet sket. mcm semalam, si Ira buat berak2.. sehari jek 5 CD dia pakai. huu..kalo aku pakai DD kt dia, mahu menangis..to my hubby, jgn risau ek.. Ika akan kuatkn semangat pakaikn CD utk anak2 utk kesihatan mereka n kesihatan kewangan kita jugak.. :-)

08 September 2010

AIDILFITRI 2010


Ikhlas dari kami;

Mohd Shaiful Abd Ghaus
Jamilah Abd Latif
Syakira Faiz Mohd Shaiful
Syauqina Faiz Mohd Shaiful

1 MONTH ALREADY

Date 02.09.2010, genap umur Syauqina 1 bulan. so as usual kena gi klinik dapatkan injection. kt sini nurse kasi date 05.09.2010 coz just hari Ahad injection tu ada. so aku pegila ke klinik sekali dgn my mom yg kena checking dia punya penyakit (drh tinggi n kencing manis). bila dh timbang anakku dh 3.8kg, ada peningkatan yg amat bagus. ketinggian 54cm.. n aku pun kena sukat jugak ke'berat'an aku.. 48.6kg.. masa kt umah aku timbang 46kg, ingatkn dh kurus dah.. heee.. tp okla tu.. masa ngandung 53kg. so dh turun sket la. moga2 berat badan aku jadi mcm masa aku nyusukn Ira dulu, lagi aku makan banyak, lagi kurus... best kan.. itulah rahsia apabila kita breastfeed our child.

Actually skang ni aku tgh tunggu my hubby pulang dr Kajang. sesambil tu aku menulis la dlm blog ni. rindu plak lama tak update. kejap jek masa berlalu kan. tibanya 1 Syawal, genapla 40hari aku berpantang. lepas tu mulala balik kehidupan aku kt Kajang sana. so dh habisla percutianku. kenala aku menjaga my anaks sendiri with my hubby. kalo kt sini leh jugak ibu n kakaks tengok kan. xpe, itu dh menjadi kewajipan seorang ibu dan isteri. harus harungi walaupun payah.

well, lagi 2 hari kita nk menyambut Aidilfitri. dengan itu aku memohon maaf zahir dan batin di atas segala kesalahan dn kesilapan yg disengajakan or tidak disengajakan. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

15 Ogos 2010

CHECKUP..

mmm... harini Ira pegi ke klinik utk checkup.. tp kalini kt Besut.. sepatutnya date dia lusa, 18.08.2010.. tp kuawalkan sebab senang sekalikan dgn sepupu kembarnya.. so resultnya, alhamdulillah beratnya dh naik.. skang 8.3kg.. doc kata okla tu, ada peningkatan even 300g.. lepas ni just keep giving her d best food.. tp aku risau gak sbb kekadang dia taknak makan..aku cukup risau kalo anak aku taknak makan.. takkan nk harapkn susu jek.. kenyang takat mana sangatla kalo minum susu.. kalo kt umah kajang tu aku beli macam2 utk dia mengunyah tp kt sini aku terbatas la sikit sebabnya aku skang tgh pantang, nk gi beli belah pun tak buleh.. so anakku makan apa yg ada jekla.. kdg2 si Ira ni dh terbiasa suap aku n abahnya, bila time dia nk suap aku.. makanan tu plak aku kena pantang, nangis la dia.. so aku terpaksa amik hatinya, mkn la sikit.. takpe Kak Ira, nt bila Ummi dh sihat, kita mkn mcm2 ek.. kita mkn sesama..

mm... terasa rindu jugak kt suami tercinta, kesian dia.. balik umah takde orang, sahur sengsorang, berbuka pun mungkin sengsorang.. tp suamiku ni jenis yg ramai kawan.. rasanya dia ada berteman utk berbuka. takpela bang, kejap jek ni, nt Ika balik meriahla rumah dgn tangisan baby.. yg pastinya bertambahla kerja Ummi..huhu.. abah kena tolong Ummi gak yek.. bantuanmu amat diperlukan..

m... oklah dh lenguh sangat ni nk menulis, nk gi berehat la plak.. nt baby mesti nk bangun karang minum susu.. so ntla kita bercerita lagi..selamat malam semua.. bye..

11 Ogos 2010

PUTERI KEDUA

ALHAMDULILLAH... tepat jam 7.50 pagi pada 02.08.2010, lahirla seorang lagi Puteri kesayanganku di Hospital Serdang seberat 2.61kg yang diberi nama SYAUQINA FAIZ. semuanya berjalan lancar..

yang kelakarnya pada hari sabtu aku balik kampung Palong. hari ahad aku balik semula ke Kajang. dalam perjalanan balik tu mmg jem sesangat. lenguh2 pinggang. at last aku n hubby amik keputusan stop makan kt Restoran Warisan. memang best sangat makanan kt sana even harganya mmahaal. tapi ok la, suasana high class, siap ada live band. malam tu aku makan beehun tom yam (tanpa menyangka inilah makanan ku yg terakhir..huhu) dan diiringi oleh penyanyi S.Sahlan.. hubby aku siap amik gambar dgn dia lagi.

than kami sambung balik perjalanan. sampai kt umah dh kul 11 mlm lebih. aku dh tersangat sakit pinggang. hubby ku pulak dh tersangat sakit kaki. yerla, baw'ak keta dlm jem, even keta auto pun lenguhnya masih terasa. aku still ok, tp pinggang ku terasa sangat sakit. aku ada ckp kt hubby, 'apsal rasa cam baby nk kuar jek bang, dia dh main kt bawah sesangat ni'. rupanya masin mulutku...

paginya kul 3 pagi, aku terasa sakit perut. aku ada agak nk bersalin, tapi sakit perut ni bercampur dengan sakit perut nk 'memerut', 3 kali jugakla aku memerut. sakit perut selang 5 minit sekali. tapi bila dh settle mengosongkan perutku, sakit perut masih lagi terasa.. kalini kompem sakit nk beranak.. so kul 5.30 pg tu aku terus mandi, kejutkn hubby yg dh terlena kt depan tv (sambil teman aku di saat sakit perut..tq abang). hubby terpaksa angkat anak sulungku yg lena tido.. cian dia.. terlentok2 lagi terpaksa bangun.

kul 6pagi kami sampai di Hosp Serdang. aku check in, n terus doc suh masuk bilik. macam dulu jugak dorg terus pakaikan aku heart beat baby. masa aku sampai aku dh 5cm bukaan. hubby aku kt luar menunggu dgn Syakira. terpaksa call adik ipar n kakakku utk dtg jaga Ira, sbb I need my hubby. tak lama kemudian, doc dtg cek dia kata dh 7cm.. masa tu dia kata nk pecahkan air ketuban aku. tp tak jadi sbb misi lain kata dh fully ni. masa tu sebenarnya, wad bersalin full, tp dek kerana bukaan aku cepat, dn dh nk beranak, mereka terpaksa dapatkn bilik utk aku. dengan lajunya misi bawak aku ke wad bersalin. masa tu aku rasa mungkin dlm kul 7.30 am kot. sbb kejap jek aku dok situ, terus dia suh aku kangkang n meneran. aku cam tak caya, aku dh nk beranak ker? hubby aku masih menunggu adik n kakak dan terpaksa tunggu di luar jek. dgn sedihnya hubby ku takde menemaniku..(sedihla jugak)..

alhamdulillah, sekali teran.. kuar kepala.. dua kali teran, anak ku kuar sekali dgn air ketuban.. masa tu leganya rasa.. cuma terkilan takleh nk pegang tangan hubby.. tp takpe, asalkan sumenya selamat. aku dh selamat melahirkan tapi hubbyku masih tak terima berita kelahiran. tu yg aku geram.. yg lagi kelakar, aku tepon hubby aku, masa tu dlm kul 9 pg dah.. hubby aku terkejut bila aku ckp dh nyusu baby. rupanya dia tak tahu aku dh bersalin..huhu.. patutla dia tak msuk2 lg.. tp masa tupun adik ku msh lum smpai. so mmg hubby takleh msuk lg sbb jaga Ira. then dlm kul 10lbh brulah hubby dpt jmpa dgn puteri ke2nya dn mengazanknnya.

aku cuma tak puashati bila time misi nk jahit.. ya Allah, sakit sangat even dh pkai ubat bius. kalo dulu, aku tak terasa apa pun masa dia jahit tp yg ni misi ganas sungguh. satu2 aku rasa, masa dia msukkn jarum, tarik benang.. ya Allah, aku menjerit kt situ jugak.. dahla hubby takde.. dn effectnya sakit sgt tpt jahit. smpai hrni pun (hari ke-10) aku msih terasa sakit sbbnya dh bengkak sket. kalo dulu aku tak terasa pun sbb tu dulu aku jln laju jek.. kemudian dek krana ramai org aku terpaksa menunggu utk msuk wad bersalin berjam2 atas katil dgn baby. dorg terpaksa susun katil2 pesakit sbb bilik msih penuh. bygkn la aku bersalin kul 7.50pg tp dpt msuk wad kul 12tghari... brulah lega... than brulah fmily leh dtg tgok aku n baby. dn alhamdlillah aku tak perlu tido kat hospital sbb takde msalah. baby dh buang air kecil dn besar, aku pun dh buang air jecil.. so settle.. ptgnya dh bole blk. kesian kt ank sulungku dok ty ummi dia.. tgok2 dh dpt baby.. mesti dia heran kan..

28 Jun 2010

MATA TAKNAK LELAP PLAK...

Hi all.. skang kita leh borak pepanjang ek.. masa ni dh pun kul 2 pg, tp mataku takmau lelap. first time bila aku tak ngantuk, aku amik laptop n menaip.. biasanya aku bangun mkn n try smbung tido. tetiba terasa rajin plak nk menulis blog. haritu kan tak sempat nk cerita pjg sbb hubby nk guna laptop ni hah.. so pagini bls dendam la.. hehe

Nak citer apa ek? pasal anak sulungku, syakira faiz.. sekarang ni alhamdulillah sihat sentiasa sejak aku yg menjaga fulltime (sejak dh tak bergelar seorang Eksekutif Perakaunan). cuma seminggu yg lepas jek, asma dia dtg blk.. sbbnya dia belasah mkn aiskrim cornetto..huhu.. tp ok jek.. dh bg blk ubat sedut dia tu.. 2 3 hari dh ok semula.. alhamdulillah.. risau jgak kalo dia kena mcm dulu.. smpai masuk wad 10 hari tu.. mmg pengalaman betul la dulu..

Bercerita pasal perut buncitku pulak.. bkn sebarang buncit yek, buncit ada isi nih.. hehe.. mggu ni dh masuk mggu ke-33. mggu depan checkup lagi. seram jugak dh nak dekat deliver ni. mulalah pengalaman yg lepas bermain di minda.. seram sejuk jek.. moga2 kalini di permudahkan jugak.. amin.. doc kata kandunganku baik2 saja.. moga2 semuanya selamat. baju keperluan aku n bkl baby telah pun aku pack. tinggal lagi nk letak dlm keta jek. yg lain2 rasanya xde masalah kot. cuma takut masa aku nk bersalin nt takde org nk jaga anak sulungku tu jek. nt sape nk temankn aku dlm labor room tu? huwaa.. mau menangis aku kalo en.suami takde.. aku nk bersalin kali kedua ni kt Hosp serdang pun sbb mau si suami temankan aku. kalo tak dpt temankan aku, baik awal2 aku blk kg besut.. yerla since aku tak keje kan.. kuharap adik ipar n kakakku dpt membantuku nt.. bantuan korang amat diperlukan.. terima kasih..

Bercerita pula aktiviti aku di bulan june ni.. dlm perut buncit ini sempat lagi aku berbiz..

pertamanya : bizness cheese cake. resepi ku dapat drp kakak iparku yg berada nun di Labuan. selama ni aku pandai makan jek sbb aku ni penggemar cheese. idea dtg drp si suami. dia yg beriya2 suh kitorang buat cheese cake n buat biz. dgn nekad yg jitu (chewahh), kami melabur dgn membeli oven, mixer dn peralatan2 yg lain. setakat ni alhamdulillah berkat promosi yg dilakukan adik iparku (TQ ani), kami dpt customer hampir setiap minggu. kami bagi la persen kt dia sbb carikan customer. tapi lepas ni kena stop dulu la yek, sbb aku berpantang.. tp insya allah blk dr berpantang nt, akn kusambung semula kerjaya membuat cheese cake. :-)

keduanya : biz hyprobulksms, biz affiliate terkini. actually kami dh penah diajak join setahun yg lepas, ttp my hubby tak bape confident n belum smpai seru lg kot masa tu. tp setelah setahun dn melihat kejayaan yg telah dicapai, kami mengambil keputusan utk memulakan langkah berhypro. alhamdulillah, setakat ni dh 3 mggu kami join dn keuntungan yg lumayan kami terima. semoga langkah kami diteruskan dgn mudahnya.. amin. mungkin rezeki baby baruku ni kot. harap2 aku dpt membantu my hubby dlm berbiz. bersama2 berbiz utk kesenangan familiku.

oklah..since aku pun dh terasa kenyang.. bolelah aku cuba lelapkn mataku ini. kena paksa gak. kalo tak besok asyik nk tidola jawabnyer.. baby dlm perutku ni pun msh aktif, tentu dia konfius kn.. siang ke mlm ni. wahai babyku, ummi mintak maaf ek sbb lum berehat lagi.. skang dh kul 3am sayang. masa utk lelapkn mata, bukan dok bergolek2 lagi dlm perut ummi k. jom kita join abah n ira yg nyenyak tido tu hah.. adios.. zzzzz

21 Jun 2010

RINDU...

setelah sekian lama, aku kembali menulis di blog ku..rindu sesangat..masa ni pun idea nk menulis datang kul 12.27 pagi..huhu..takleh nk tido sebenarnya..

alhamdulillah, usia kandunganku dh mencapai ke 8 bulan..so far so good, takde masalah apa2 (harap2 sampai bersalin la yek). anak daraku pun dh berusia 1 thn 7 bulan.. dh pandai mcm2.. yg plg bahagia, leh dgr arahan dgn bagusnya.. harus aku bg arahan amik itu, ini.. heee

alahai, abang sayangku nk pakai laptop pulak.. malas plak dia nk pakai laptop opisnya.. so okla, nt kita bersanbung di hari yg lain la yek.. nk gi temankan anak daraku yg sorg tu tido.. n bakal anak 2ndku pun nk berehat.. ok daa...

02 Mac 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

gambar tebaru SYAKIRA FAIZ di tahun 2010

dh pandai pakai tudung..hehe

ni gmbr di hosp. serdang, sdg pakai gas oksigen

ni plak masa kena sedut gas ventolin, 10 minit setiap 2 jam

bergaya dgn spek mata nyer..

dah lama giler aku tak menaip..banyak citer2 best yg dh terlepas..tak sempat nk mengarang la..

aku ringkaskan jekla yek.. anyway hujung tahun lepas aku dpt 2 anak sedara kembar..anak ABG ALIM..nama dia HAIFA DAMIA n HAFIA DAMIA (gambar seperti di bawah) and tahun baru ni plak lagi sorang anak IMIE.. namanya NURSALSABILA BATRISYA. ALHAMDULILLAH, makin berkembang family TOK LIMAH ni.. akan datang aku plak la..generasi FAIZ is coming..hehe



tahun baru aku dpt kerja baru kt FAZURE TECHNOLOGIES SDN BHD.. tapi sayangnya tak lama sebab ada masalah kesihatan anakku..so aku terpaksa berkorban demi menjaga anak kesayanganku SYAKIRA FAIZ. actually Ira dimasukkan ke wad hospital serdang selama 8 hari dari 3 jan - 10 jan 2010, coz of bad asthma.. kesian dia kena sedut gas n kena pakai oksigen.. 3 hari 3 mlm aku jaga dia sampai aku plak demam panas, then terpaksa mintak tolong hubby jaga plak n also my sister K.YAM..skang alhamdulillah sihat cuma kena pakai ubat la, guna aerochamber tu..tiap2 hari hingga doc kata dh ok bru stop..tp tu pun kena jaga2 sebab penyakit leh dtg kembali

so skang aku tgh dok mencari2 apa bisness yg bole dibuat dari rumah. maklumla aku kan dh jadi surirumahtangga sepenuh masa skang ni (setakat nila). kalo nk cr kerja kompem tak dapat, sebabnya mana ada org nk amik pekerja yg dok membuncit ni. kalo yek pun lepas bersalin bru leh keje. tp aku dh takde mood nk kerja ngan orgla, nk keje sendirik,leh maintain jaga anak sendirik kan. takdela kena msuk wad lg..

setakat ni jekla leh karang pun.. nk gi masak plak, skang Ira tgh tido lehla mengarang, jap lg bangunla tu.. so kena stop dulu la..

jumpa lagi..
Photo Albums at WiddlyTinks.com

Scrapbook at WiddlyTinks.com